Heboh baru-baru ini berita mengenai seorang jururawat di California, Amerika Syarikat disahkan menghidap Covid-19 seminggu selepas disuntik vaksin dari Pfizer.
Hal ini mencetuskan banyak persoalan mengenai keberkesanan vaksin terbabit, dan sekaligus membuatkan orang ramai berasa gerun terhadap kesan lain yang vaksin ini bakal berikan.
Terdapat Gejala Selepas Suntikan Vaksin
- Foto – Malay Mail
Mengikuti perihal kes jururawat terbabit difahamkan jururawat berusia 45 tahun ini menunjukan beberapa gejala atau tanda selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19 dari Pfizer.
Antara gejala yang dihadapi oleh jururawat tersebut adalah:
- 18 Disember 2020 – Terima suntikan dan lengan berasa sakit atau sengal-sengal
- 24 Disember 2020 – Mula rasa tidak sihat, rasa sejuk hingga menyebabkan otot juga berasa sakit dan badan berasa letih.
- 26 Disember 2020 – Membuat ujian Covid-19 dan disahkan positif menghidap virus tersebut.
Doktor Tegaskan Senario Yang Berlaku Adalah Dalam Jangkaan
- Foto – Cyprus Mail
Dalam petikan CNA, Christian Rames doktor pakar penyakit berjangkit di Pusat Kesihatan Keluarga San Diego menyatakan senario yang berlaku adalah dalam jangkaan.
Menurut doktor tersebut, vaksin percubaan klinikal ini mengambil masa 10 hingga 14 hari untuk mula mendapat perlindungan dari vaksin tersebut.
Suntikan vaksin yang pertama akan berikan lebih kurang sekitar 50 peratus perlindungan dan suntikan vaksin kedua mampu memberi perlindungan lebih kurang sekitar 95 peratus.
Pfizer Meneliti Setiap Kes Yang Berlaku
- Foto – The Jerusalem Post
Dalam petikan CNA, pihak syarikat Pfizer akan meneliti setiap kes dan maklumat yang berlaku kepada individu yang menunjukan gejala selepas suntikan.
Pihak Pfizer juga menerangkan dalam fasa ketiga hasil penyelidikan menunjukan bahawa vaksin akan mula memberi perlindungan sekitar 10 hari pertama selepas suntikan, kemudian perlindungan diri akan dipertingkatkan menerusi suntikan kedua nanti.
Manakala pihak Pfizer menjelaskan isu mengenai kes jururawat yang dikesan positif Covid-19 selepas suntikan memberi respond, individu tersebut mungkin telah pun menghidap atau boleh jadi dijangkiti selepas menerima suntikan.
- Foto – Business Insurance
Kini jururawat tersebut dalam tempoh pemantauan dan menurut The Independent, jururawat tersebut dalam keadaan baik selepas didiagnos cuma masih berasa letih.
Apa yang berlaku dalam tempoh penerimaan vaksin ini, diharap orang ramai tidak panik dan yakin dengan kerja keras pihak perubatan dan saintis yang menghasilkan vaksin ini.