Sebut sahaja nama Hafiz Mahamad, ramai yang tahu jejaka ini sering memuat naik video atau gambar yang berserta dengan caption yang panjang dan sweet di Instagram.
Terkenal sejak dahulu lagi, perkongsiannya di media sosial itu melibatkan tentang aktivi hariannya seperti bekerja, meluangkan masa bersama keluarga, rakan dan para pekerjanya.
Tetapi kecoh baru-baru ini, Hafiz telah memuat naik satu video di IGTV yang dikatakan tidak sesuai untuk ditonton dalam kalangan masyarakat.
Rata-rata masyarakat yang menonton video tersebut merasakan jejaka ini seperti tidak menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga apabila videographer telah merakam keseluruhan proses pengebumian rakan baiknya pada minggu lalu.
‘Sengaja’ Raih Populariti
Walaupun ia hanyalah sebuah video pengebumian, bagi kamu adakah wajar untuk merakamnya?
Dikatakan seperti ‘sengaja’, Hafiz dilihat tampil bergaya dengan pakaian dan cara berjalan ala supermodel di permulaan video oleh masyarakat.
No hate towards hafiz mahamad. Just that, the video doesnt sit right with me.The moment he 'catwalking' to the airport,scene dia masuk van jenazah .tak fhm apa intention dia but I'm sorry, it s plain narcissism. Terus terigt criminal minds s15ep6 psl narsis personality disorder
— ندذمرذ (@zarmzdan) December 23, 2020
Rakaman IGTV itu juga dikatakan seperti merakam video percutian apabila dia membawa videographer terbang bersama ke Kelantan bagi merakam keseluruhan proses pengebumian rakannya, Loh.
Selepas memuat naik di IGTV, ramai yang mengecam tindakannya dan menyebabkan video tersebut telah viral di negara jiran iaitu Indonesia.
Apa yang membuatkan masyarakat menjadi lebih marah dengan video tersebut, rata-rata rakyat Indonesia telah menjadikan video itu dan jenazah sebagai bahan lawak.
Awal2 video, berjalan tangan masuk poket sebelah. Mask tak pakai. Pakai sunglasses. The video is about Hafiz Mahamad. It's not about his 'sahabat'. Tak pernah2 orang ambil video closeup jenazah dikambus tanah. Cukuplah mengambil gambar pusara.
— Ku (@KuABC123) December 23, 2020
To hafiz mahamad, puas hati dah ke video hang viral international sampai ada yang malukan jenazah? Congratulations on your 2020 biggest achievement.
— yumput 🇲🇾 (@jararararararar) December 24, 2020
Your bestfriend’s death became a joke to Indonesians, they are trolling the jenazah. Video content hang bawa fitnah & shame kepada jenazah. Mcm mana kalau family dia baca nanti ?
If @Hafizmahamad still keeps the video online, then kita tahu what kind of friend he truly is.— ❀ (@annajjay) December 25, 2020
Tidak Hormat Dan Sensitif
Walaupun ada masyarakat yang merasai kehilangan dan berkongsi pengalaman yang sama seperti Hafiz, tetapi ramai yang mengatakan dirinya seperti tidak hormat dan sensitif terhadap si mati dan keluarga.
meratap kat jenazah tu dah satu hal, catwalk satu hal, time sembahyang pon nk rakam em ntah la kawan terpaling baik untuk 2020
— Tengku Syukrey Tengku Yaheya 🧜🏻♂️ (@Syaafiq_Lee) December 23, 2020
IKLAN
Jika dilihat kembali, memang betul tiada aurat si mati didedahkan tetapi apabila ia menjadi topik perbualan dan bahan lawak sehingga ke negara jiran, pasti sedikit sebanyak perkara itu membuatkan keluarga si mati berasa sedih dan kecewa.
Hafizmahamad tu memang win kalau bab buat mcm mcm utk wife dia. I really admire his consistency in their marriage.
Tapi sorry, cancel teruk bila tengok dia bebal mcmnh. Sampai arwah kena jadi bahan lawak pun still taknak delete. Dia delete comment ja. 😅
— ❀ (@annajjay) December 25, 2020
Ini paling win pic.twitter.com/ZxBdcBmDoO
— Sauron (@roslikp) December 24, 2020
Patut la sinetron Indonesia berpuluh episode 😂 pic.twitter.com/tCZ9xktKsa
— fa (@effatiyaa) December 24, 2020
Tambah-tambah lagi apabila videographer merakam momen jemaah melakukan solat jenazah terhadap si mati.
Ada yang mengatakan walaupun mahu mengabadikan momen terakhir, mereka berharap suatu hari nanti tiada orang lakukan sebegitu pada diri mereka.
Imagine grieving a loss of a loved one pastu someone kehulur kehilir with a camera OMG
— n00dlep00p (@AreeshaMunira) December 23, 2020
time orang solat jenazah yang record tu bingai tak solat sekali ke? and no one tegur perbuatan tak beradab langsung ni? weirdo 🥴🔨
it’s death day, not a birthday party?
was the catwalk necessary?
what 🤡 i’ve so many questions.— 🔆 (@snugdeal3r) December 23, 2020
Penulis faham sebenarnya video itu hanyalah satu-satunya kenangan terakhir Hafiz bersama rakannya, tetapi bagi mengelakkan ia menjadi topik perbualan dalam tempoh yang lama dan bahan lawak, video tersebut seharusnya dipadamkan.
Apa-apa pun, untuk pembaca marilah kita bersama-sama berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Loh (Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor).