Anda panik setiap kali dalam penerbangan? Lagi-lagi bila nak take-off, tiba-tiba turbulence, bahkan sewaktu mendarat, rasa panic attack menguasai diri.
Tahukah selain mengunyah gula-gula, ada beberapa lagi makanan yang baik boleh diambil. Nutrien yang terkandung bukan jahaja berkhasiat, malah dapat mengawal diri anda ketika.
Jadi, agar anda tidak panik penting untuk anda mengambil persiapan awal. Memang kapal terbang membekalkan makanan kepada anda, tetapi sebagai langkah awal… ada kapal terbang tidak menyediakan makanan.
Lainlah jika anda menggunakan business class jadi tidak perlu risau akan makanan yang disediakan.
8 jenis makanan ini anda boleh letakkan dalam hand-carry luggage.
Baby Carrots
Baby carrots adalah salah satu makanan yang perlu dibawa bersama ketika anda pergi melancong. Ianya baik bagi memastikan kestabilan blood sugar anda.
- Foto – Odoo
Baby carrots manis, rangup dan penghidratan yang penting untuk mengelakkan dehidrasi semasa penerbangan. Lobak sarat dengan serat dan gula semula jadi.
Trail Mix
- Foto -Signature Market
Merupakan satu makanan yang penuh khasiat, campuran raw almonds, walnuts, raisins, goji berries, cacao nibs, dan cashews. Mudah dan anda boleh sediakan di rumah sahaja.
Protein Bar
- Foto – Youtube
Protein bar merupakan pilihan yang baik untuk dibawa bersama ketika melancong. Protein bar bebas gluten dan tinggi protein yang menstabilkan blood sugar anda.
Greek Yogurt
Anda boleh beli greek yogurt di lapangan terbang atau dibawa dari rumah terus.
- Foto – Farm Shop
Greek yogurt kaya dengan protein makanan ringan yang sangat baik untuk menstabilkan blood sugar dan membantu menjinakkan perut anda kerana tinggi dengan probiotics, magnesium, dan potassium.
Pisang
Ya pisang! Pisang membuatkan anda cepat kenyang malah pisang mudah untuk anda makan bersama mentega kacang atau yogurt.
- Foto – Parenting
Kalau boleh pilih pisang yang berwarna kuning, yang lebih rendah dalam gula dan lebih baik untuk blood sugar anda.
Whole Grain Cracker
- Foto – The New York Times
Whole grain crackers sangat mudah dihadam, yang penting boleh mengurangkan gelisah dan panik anda semasa penerbangan. Untuk lebih pengisian, anda boleh makan bersama pek mentega kacang.
Epal
Selain pisang, epal lagi satu buahan yang elok diambil ketika anda dalam penerbangan.
- Foto – Time & Date
Epal begitu mengenyangkan dan penuh dengan serat! Ia juga menghidratkan, yang penting semasa penerbangan apabila paras air badan berkurangan disebabkan oleh perubahan tekanan atmosfera, menyebabkan dehidrasi.
Merah atau hijau, kedua-dua pilihan hebat!
Dark Chocolate
Dark chocolate, pastikan untuk mengekalkannya pada 85% kandungan koko atau lebih tinggi untuk mengurangkan gula.
- Foto – Live Happy Magazine
Ambil satu auns atau dua pertengahan semasa penerbangan untuk seimbangkan blood sugar anda.
Selamat Beramal!