Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kenapa Perokok Kelihatan Lebih Tua Dari Umur Sebenar?

by Mia Natasha
December 17, 2020
Foto -The Healthy

Foto -The Healthy

Share on FacebookShare on Twitter

Merokok bukan saja menjejaskan kesihatan, tetapi boleh menyebabkan penyakit paru-paru, jantung dan impotensi. Selain itu juga, merokok boleh menyebabkan si perokok kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.

Kedutan di wajah mereka merupakan petanda kesan asap rokok. Rokok mempunyai penapis namun tak cukup untuk menghilangkan kandungan tar yang menjadikan asap rokok berbahaya.

Berikut merupakan contoh bahan kimia yang tambahan yang terdapat di dalam rokok yang boleh menyebabkan kedutan pada wajah dan menjadikan seseorang lebih tua daripada umur sebenar.

IKLAN
Foto – Medical Daily

Ammonia

Ammonia biasanya digunakan untuk membersihkan tingkap dan tandas. Dengan menambah ammonia ke dalam rokok, maka nikotin akan membentuk wap yang diserap melalui paru-paru dengan lebih cepat.

Kadmium

Kadmium biasanya digunakan untuk bateri, lapisan logam dan plastik. Kadmium juga boleh membahayakan paru-paru, menyebabkan penyakit buah pinggang dan menyebabkan masalah pencernaan.

Benzena

Secara semulajadi, benzena dihasilkan oleh gunung berapi. Tetapi benzena juga merupakan bahan kimia industri yang dibuat daripada arang batu dan minyak dan digunakan untuk membuat plastik, detergen dan racun perosak.

Foto – Health Europa

Apabila dicampurkan ke dalam bahan membuat rokok, sudah tentu anda dapat membayangkan kesan yang dihadapi oleh perokok.

Formaldehid

Digunakan sebagai pelekat dalam produk kayu dan pengawet dalam cat. Bahan kimia ini boleh menyebabkan mata berair, mewujudkan rasa panas di mata, hidung tekak, mual, batuk dan sakit dada.

Nikel

Nama lain bagi nikel adalah perak atau logam putih keras. Bahan kimia ini boleh menyebabkan kesan rokok terhadap jangkitan paru-paru meningkat, bronkitis kronik dan fungsi paru-paru merosot.

Plumbum

Digunakan dalam peluru, atap, petrol, cat dan produk seramik. Plumbum juga boleh mempengaruhi hampir setiap organ dan sistem dalam tubuh.

IKLAN
Foto – Elite Facial

Plumbum juga boleh merosakkan buah pinggang dan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, asap rokok yang bercampur dengan plumbum akan menyebabkan kelahiran pramatang, saiz bayi kecil, kemampuan mental dan pertumbuhan kanak-kanak merosot.

Jika bahan kimia di atas terdapat dalam tubuh anda, maka ia akan mempengaruhi fungsi organ. Jika organ terganggu, kesan yang paling mudah dilihat ialah pada kulit kerana peredaran darah yang terhalang dan tubuh kekurangan cecair.

Asap rokok yang mengandungi karbon monoksida akan menggantikan oksigen dalam kulit anda. Manakala nikotin pula akan mengurangkan aliran darah dan menyebabkan kulit kering dan berubah warna.

Foto – Healthline

Merokok boleh menyingkirkan nutrisi termasuk vitamin C yang sangat diperlukan oleh tubuh badan anda untuk melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit. Nikotin juga boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan menghadkan aliran darah yang kaya dengan oksigen ke pembuluh darah.

Tahukah, terdapat lebih 4000 bahan kimia di dalam rokok dan kebanyakkan bahan tersebut akan memusnahkan kolagen dan elastin dalam badan. Kolagen dan elastin merupakan serat yang memberikan keanjalan dan kekuatan pada kulit. Jadi, apabila anda merokok, kulit anda akan menjadi lebih cepat berkedut dan kendur.

Tahukan bahaya merokok, buanglah tabiat itu ye..

RUJUKAN

Tags: bahan dalam rokokbahan kimia rokokkesan buruk rokokkesan rokokkulit kedut rokokmerokoknegatif rokokperokokperokok lebih tua
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan