Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Maksud Di Sebalik Gerak-Geri Wanita Bila Bersama Lelaki

by Admin 3
March 8, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Gera-geri wanita bila bersama orang yang disukainya sangat sulit untuk ditafsir.

Bila mereka bermain dengan rambut, mata mendongak malu, mengetap bibir, tangan meraba-raba lutut dan bermacam lagi perkara yang dilakukan wanita tanpa mereka sedar.

Apa maksud disebalik gerak-geri tersebut? Wanista kupaskan…

IKLAN

Memusing kepala atau menguak rambut

Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya.

Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan wanita ini mengambil berat akan diri si jejaka.

Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi.

Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

Muncung, basahkan bibir atau buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

IKLAN

Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik!

Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang  diminati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Wanita ini bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut.

Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

Tags: [ Tips Cinta ] Maksud disebalik gerak-geri wanitabahasa tubuh wanitakenali wanitamaksud tersirat pergerakkan tubuh wanita
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan