Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Resepi

Resepi Frozen Yogurt Paling Sihat Dan Mudah, Hanya 5 Minit!

by Lisa Aina
December 19, 2020
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on FacebookShare on Twitter

Froyo? Atau Frozen Yogurt memang jadi kesukaan ramai selain daripada aiskrim. Selalu beli apa kata buat sendiri sahaja di rumah. Susah? Taklah!

Sekarang anda hanya perlukan 5 minit sahaja untuk membuat frozen yogurt yang berkrim dan sihat ini. Langsung tidak menggunakan gula, diganti dengan madu ditambah dengan jus lemon untuk sedikit rasa masam.

Froyo buatan sendiri yang serius sedap. Nah, Wanista kongsi resepi.

IKLAN

Strawberi

Foto - www.justataste.com
Foto – www.justataste.com

Bahan-bahan :-

  • 4 cawan strawberi beku
  • 3 sudu besar agave nectar atau madu
  • 1/2 cawan yogurt biasa
  • 1 sudu makan jus lemon segar

Cara membuat:-

Tambahkan strawberi beku, agave nectar ataupun madu, yogurt dan jus lemon ke dalam mesin pengisar makanan. kisar sehingga kesemuanya berkrim, kira-kira 5 minit.

Hidangkan frozen yogurt segar ataupun letak ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.

Buah Peach

Foto - www.justataste.com
Foto – www.justataste.com

Bahan-bahan:-

  • 1 plastik beg (16 oz.) peach beku atau 4 cawan peach segar yang dibekukan
  • 3 sudu besar agave nectar atau madu
  • 1/2 cawan yogurt biasa
  • 1 sudu makan jus lemon

Cara membuat:-

Peach, agave nectar atau madu, yogurt dan jus lemon disatukan ke dalam mesin pengisar makanan. Kisar kesemua adunan sehingga sebati dan berkrim, kira-kira dalam 5 minit.

Anda boeh hidangkan terus frozen yogurt atau masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan kira-kira 1 bulan.

IKLAN

Blueberi

Foto - blog.kitchenaid.com
Foto – blog.kitchenaid.com

Bahan:-

  • 4 cawan blueberi beku
  • 3 sudu besar agave nectar atau madu
  • 1/2 cawan yogurt berperisa kelapa
  • 1 sudu besar jus lemon segar

Cara membuat:-

Masukkan blueberi, madu, yogurt dan jus lemon ke dalam mesin pengisar makanan. Kisar kesemuanya kira-kira 5 minit, sehingga semua sebati.

Anda boleh terus makan ataupun letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehinggalah anda rasa nak makan.

Tips : Anda boleh juga tukar dengan buah-buahan kesukaan, hanya pastikan ianya adalah frozen fruits okay.

Senangkan? Apa lagi, bolehlah sekarang! Selamat Beramal!

Tags: aiskrimdessertFroyoFrozen Yogurtpencuci mulutresepiResepi Frozen Yogurtyogurt
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan