Serius memang memalukan bila baju sedikit berbau. Mungkin orang sekeliling tidak perasan tetapi kita yang memakai baju itu kadang kala timbul perasaan seperti orang sedang menghidu dan memandang kita.
Letih rasanya membasuh pakaian tetapi baunya lebih teruk dari sebelum dibasuh dan lagi teruk kalau baju yang kita letak dalam almari berbau mak datuk memang pening kepala.
Buka sahaja almari, hurmmm ada bau kurang menyenangkan singgah ke hidung. Nak buat apa? Ada ke tips nak pastikan baju dalam almari tidak hapak.
Serbuk Kopi
Tahukah anda serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi separuh ke dalam tin bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari.
- Foto – Magazine
Sekali sebulan, tukar serbuk kopi tersebut untuk kekalkan kesegaran.
Sabun Buku
Bila sabun buku terdedah pada suhu bilik, ia akan menghasilkan aroma manis yang anda boleh gunakan untuk jadikan bau pakaian lebih wangi. Pilih aroma sabun buku yang membuatkan anda selesa dan berasa nyaman.
- Foto – Blog
Letakkan lipatan baju di dalam kotak atau laci yang bertutup. Kemudian letakkan satu lagi lapisan kain nipis seperti napkin di atas lipatan baju tersebut dan letakkan sabun buku tersebut di atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut.
Setelah lebih kurang empat jam, pakaian tersebut akan menyerap bau sabun tersebut.
Haruman Minyak Wangi
- Foto – Popsugar
Minyak wangi tidak akan menyingkir bau busuk atau hapak, tetapi ia benar boleh melindungi pakaian dari berbau. Sembur haruman pilihan anda pada bebola kapas dan letakkan ia ke dalam almari pakaian.
Herba Dalam Uncang
- Foto – Facebook
Isi herba kesukaan anda ke dalam uncang kapas. Kami cadangkan bunga lavender atau serai. Tutup dan letakkannya ke dalam gerobok pakaian anda.
Semburan Kain
- Foto – The Spruce
Anda boleh DIY sendiri dengan menggabungkan essential oil serta air untuk menjadikannya sebagai semburan kain. Atau mungkin anda boleh dapatkan semburan kain yang beraroma untuk mengharumkan bau pakaian anda.
Cuba tips-tips ini nescaya tiada lagi bau hapak pada pakaian. Semoga tips ini memudahkan isi rumah semua.
Selamat beramal!