Kebanyakan golongan lelaki menganggap mereka sporting, mudah untuk diajak berbicara, rasional, cool dan serba hebat dalam apa jua perkara yang dilakukan mereka.
Tetapi sejauh mana kebenaran disebalik tanggapan mereka itu? Kita ketahui sikap lelaki yang menjengkelkan kaum wanita dan yes, we are fed up.
Tidak Berdikari
Ada sesetengah golongan ini suka bergantung kepada bantuan teman wanitanya untuk melaksanakan tugas-tugas harian. Ini termasuk membayar bil, mengambil pakaian dari kedai dobi, membelikan mereka makanan malah adakalanya diminta untuk memandu kenderaan mereka setiap kali keluar dating.
- Foto – Huffpost
Bagaikan terlalu sibuk hingga tiada masa untuk melakukan semua tugasan, mereka melepaskan segala tanggung jawab kepada wanita untuk menyelesaikannya.
Hello…we are not made to be your personal assistant! Bukankah lelaki dicipta untuk menjaga wanita dan bukan sebaliknya? No, this is very unacceptable.
Terlalu Sensitif
Jika anda merasakan wanita lebih sensitif, you need to think again. Ada juga lelaki yang terlalu sensitif mengalahkan wanita!
Cukup sekadar si teman wanita yang melalui fasa emosi yang tidak menentu (yang juga disebabkan masalah ketidak seimbangan hormon dalam kitaran haid). Takkan lelaki juga mahu turut sama beremosi sehingga sering menimbulkan pergaduhan dalam sesebuah hubungan?
Ego
Lelaki dan sifat ego memang tidak dapat dipisahkan. Mereka sentiasa berasa hebat dan betul dalam apa jua perkara dan ini benar-benar memualkan! Ingatlah, nobody is perfect. Mengapa perlunya mereka berasa ego untuk memohon maaf jika membuat kesilapan atau mengakui kesalahan yang dilakukan?
- Foto – Magazine
Bukan saja ego, mereka juga sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam diri seseorang wanita. Like I said, nobody is perfect. Terima lah teman anda seadanya dan hargai pemberian cinta oleh mereka yang tersayang.
Kuat Cemburu
Aduhai, rimasnya setiap kali berdepan isu cemburu! Lelaki memang terkenal dengan sifat cemburu buta. Biasanya, sifat cemburu datang apabila mereka berasa insecure. Contohnya, jika mereka diperkenalkan dengan kawan-kawan lelaki si teman wanita, mereka mula berasa kurang selesa.
Apatah lagi jika si dia mendapati rakan-rakan lelaki itu mempunyai kehidupan yang stabil, berjaya dalam kerjaya dan lebih tampan, lagi ‘hebat’ rasa cemburu di hati!
Sehinggakan, masalah yang kecil menjadi besar gara-gara rasa tidak puas hati mereka rentetan perasaan cemburunya.
Sukar Diajak Berbincang
Tidak tahu apa sebabnya, kebanyakan lelaki cukup susah untuk diajak berbincang. Bila bendepan dengan situasi di mana setiap kali cuba mengadu masalah atau hendak membincangkan sesuatu.
- Foto – Styles Weekly
Selalunya, respon yang diperoleh sama ada mereka membuat ‘muka selamba’ atau memberikan jawapan, “suka hati you lah, I okay je…” atau “Hah, apa yang you cakap tadi?” Lelaki yang mempunyai sifat ini tidak serius dan hanya mementingkan diri.
Sebenarnya tidak hanya lelaki, wanita pun sama naik. Dalam satu perhubungan, kena ada sifat toleransi dan saling menghormati, barulah hubungan dihargai dan bahagia.