Lumrah menjadi selebriti, apa sahaja yang mereka pakai akan menjadi ikutan.
Sebagai contoh, bila peminat keluarga diraja Britain mendapat tahu wangian yang dipakai Kate Middleton ketika wedding, lantas ia menjadi trending di laman carian dan sold out sekelip mata. Semuanya kerana mereka ingin miliki bau seperti si cantik itu.
Selain Kate, ini beberapa idola lain mendedahkan minyak wangi kegemaran mereka. Ada yang murah, ada juga yang sukar untuk dimiliki.
Meghan Markle
- Foto – Arkib Wanista
Duchess of Sussex mendakwa memakai Jo Malone London Wild Bluebell sebagai haruman hariannya. Padanya ia ringan dan segar malah sudah menjadi aroma signature.
Kylie Jenner
- Foto – Arkib Wanista
Kylie lebih gemar akan aroma yang ringan, tidak terlalu kuat sehingga boleh memberi sakit kepala. Pilihannya ialah Victoria’s Secret Coconut Passion Body Mist. Nak beli, dapatkan di sini.
Victoria Beckham
- Foto – Arkib Wanista
Obses dengan wangiannya yang dikatakan ‘super chic’, botol Vilhelm Parfumerie Room Service ilham dari kisah glamor Hollywood – mengibaratkan Marilyn Monroe sedang menikmati cocktail di Hotel Beverly Hills pada zaman kegemilangannya.
Kate Middleton
- Foto – Pinterest
Ketika Kate Middleton berkahwin dengan Putera William pada tahun 2011, dia memakai haruman Illuminum White Gardenia Petals. Katanya aroma yang lembut menjadikan ia perfume pilihan Kate sehingga ke hari ini.
Hailey Baldwin
- Foto – Arkib Wanista
“Saya memakai aroma dari Bond No. 9, saya sukakan kerana bau yang menyenangkan, tidak super girly. Boleh dipakai lelaki mahupun perempuan, ” terangnya pada Elle Australia.
Blake Lively
- Foto – Arkib Wanista
Bagaimana pula dengan si tinggi lampai Blake Lively? Blake suka pada bauan bunga dan buah. Pilihannya ialah Gucci Eau Premiére.
Emma Stone
- Foto – Arkib Wanista
Bukan sahaja Emma Stone memakai aroma ini, malah dia juga menyemburkannya di atas bantal untuk membantunya tidur. Pilihan sudah tentu Chanel Gardenia.
Beyonce
- Foto – Arkib Wanista
Ingin bau seperti Queen Bey? Kegemarannya adalah aroma Armani, yang mempunyai bau feminin dan glamor, sesuai dengan imejnya.
Rihanna
- Foto – Pinterest
Apa minyak wangi yang dipakai Rihanna? Tidak lain tidak bukan, Kilian Love, Don’t Be Shy. Haruman yang menghangatkan dan manis dengan nota neroli, orange blossom dan marshmallow, gabungan sempurna menyegarkan hari Rihanna.
Tak teringin ke nak bau yang sama macam mereka di atas? Tak dapat yang mahal, yang murah pun jadilah. Tengok saja di sini – Wanginya Bau, 10 Minyak Wangi Selebriti Paling Berbaloi Beli
Selamat Membeli! ❤