Putus cinta dan pengakhiran sedih dalam percintaan mahupun hubungan suami isteri meninggalkan banyak kesan kepada kita. Kita cenderung untuk terjebak kepada emosi negatif dan mempunyai rasa tidak puas hati.
Dalam usaha untuk move on dalam kehidupan, seseorang itu tidak perlu menyimpan apa-apa rasa menyesal. Adalah lebih baik untuk tidak berpegang kepada masa lalu. Hanya apabila kita melepaskan masa lalu, kita boleh memulakan satu perjalanan yang baru untuk masa depan.
Kenapa Wanista rasa kamu perlu maafkan bekas kekasih, baca artikel ini selanjutnya.
Membantu kamu berurusan dengan emosi
Apabila kamu mempunyai kenangan buruk dalam hati, kamu tidak akan dapat melupakan bekas kekasih. Terdapat banyak emosi dalam diri seperti kemarahan, kesedihan, menyalahkan diri sendiri dan pelbagai lagi.
- Foto – Business Insider
Jika kamu tidak memaafkan si dia, maka akan menjadi sukar bagi kamu untuk menjadi gembira dengan kehidupan dan move on!
Membantu kamu untuk benar-benar melepaskan diri
Jika kamu benar-benar mahu memutuskan semua hubungan dengan bekas dan tidak mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup dalam apa jua hal sekalipun, semestinya kamu perlu memaafkannya, perlu memaafkannya.
Melainkan jika kamu memaafkan, dia masih akan menjadi sebahagian daripada semua kemarahan dan kesedihan kamu. Jika kamu ingin benar-benar melupakan dia, maka pertama sekali, maafkanlah dia.
Tenaga positif
Kamu perlu membantu diri dengan melepaskan semua pemikiran negatif dan tenaga kurang baik di minda. Apabila kita tidak memaafkan seseorang, emosi negatif akan sentiasa berada di sekeliling dan ia tidak akan membolehkan kamu untuk menjadi positif dan gembira.
- Foto – Bustle
Hanya dengan fikiran yang positif dan gembira, kamu boleh memikirkan mengenai orang lain dalam hidup.
Membantu kamu meletakkan masa lalu di belakang
Walaupun perkara yang kamu inginkan tidak berakhir dengan baik, ia tidak bermakna perkara itu yang tidak boleh diubah dengan kekasih yang baru.
Sebaliknya jika kamu berpacaran dengan kekasih baru, maka kamu akan cenderung untuk membandingkan dia dengan bekas kekasih yang hanya akan mewujudkan ketegangan dalam hubungan semasa. Jadi maafkan bekas kekasih kamu dan jangan sesekali membanding dia dengan kekasih baru.
Moving forward
Sama ada teman lelaki kamu suka menipu, berlaku curang atau menuduh tentang sesuatu yang kamu tidak lakukan, adalah semulajadi kamu akan berasa marah dan kecewa. Jadi untuk membuang perasaan tersebut, kamu perlu memaafkannya dan bergerak ke hadapan.
Senyum Selalu ❤