Cuba semak apa yang anda makan setiap hari? Lauk-pauk yang berlemak, bergoreng? Menolak sayur-sayuran kerana tak sukakan rasanya?
Tahukah diet dan jerawat berkaitan. Apa yang anda makan memberi kesan kepada fungsi tubuh secara keseluruhan. Disebabkan itu, bila kita menjalani rawatan wajah, pakar menasihati kita mengamalkan pemakanan sihat.
Salah satu cara boleh dimulakan ialah amalan Acne Diet. Makanan yang seimbang adalah ideal untuk mengurangkan keradangan dan hormon yang mengawal sebum. Elakkan beberapa makanan dapat membantu memperbaiki gejala jerawat dan mencegahnya.
Minum Banyak Air Putih
Badan mempunyai 60% peratus air, jadi tidak hairanlah anda perlu minum air yang mencukupi untuk mengoptimumkan proses fizikal.
- Foto – Probelle
Minum air penting untuk membetulkan jumlah kalori harian. Selalunya kita keliru rasa lapar kerana dahaga, jadi apabila ragu-ragu minum air terlebih dahulu. Air adalah asas kulit yang sihat dan bersih, sebaiknya ambil 8 gelas setiap hari.
Tolong Tolak Gula
Pastikan pengambilan gula harian anda dalam dua hingga empat hidangan fruktosa yang dicadangkan dalam buah.
- Foto – Brown Line Dental
Elakkan gula yang ditemui di tempat lain, seperti dalam karbohidrat halus atau manisan. Gula dari sumber tertentu, boleh memburukkan jerawat dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Elak Makanan Yang Diproses
Makanan yang diproses cenderung mengandungi lebih banyak gula, garam dan lemak. Sementara makanan yang anda sediakan dengan bahan-bahan segar di rumah cenderung lebih sihat kerana anda boleh mengawal apa yang anda masukkan.
- Foto – Runner World
Mungkin kelihatan sukar dan lebih mahal pada mulanya, tetapi sekali anda telah menampung dapur dengan bahan masakan asas yang diperlukan secara rutin, anda akan mendapati bahawa masakan di rumah bukan hanya sihat, malah lebih murah.
Buah-Buahan Kaya Antioksidan
Seperti sayur-sayuran, lebih banyak antioksidan yang anda makan, lebih baik.
- Foto – Dr.Fuhrman
Diet yang kaya dengan antioksidan boleh mengurangkan jerawat ringan dan sederhana. Cuba seleksi seperti strawberi, blueberi, blackberi, raspberi, ceri dan goji beri.
Hirup Secawan Teh Hijau
- Foto – Life
Cuba masukkan teh hijau yang kaya dengan polifenol ke dalam diet. Tahukah, Polifenol meningkatkan aliran darah dan oksigen ke kulit, memperbaiki keseluruhan penampilan, dan yang paling penting, kesihatan.
Jangan Lupa Sayuran Hijau
- Foto – Vocket
Wanista cadangkan anda mengambil lebih banyak bit, brokoli, bunga kobis, timun, kale, salad, bawang, kacang, cili dan bayam. Lebih banyak sayuran yang anda masukkan, lebih sihat kulit anda dan tubuh anda lebih sihat.
Coklat Gelap Paling Sihat
Coklat gelap adalah jenis coklat paling sihat yang anda boleh cuba. Ia agak rendah gula dan bergantung kepada jenisnya, mengandungi sedikit susu tanpa susu. Ia juga mengandungi zink, satu lagi nutrien baik untuk merawat pertumbuhan jerawat.
- Foto – Select Health
Walau bagaimanapun dinasihati mengambil coklat secara sederhana.
Inshaallah bila anda ikut acne diet ini secara teratur, perubahan pada kulit jelas kelihatan. Semoga acne diet anda berjalan dengan baik dan anda miliki disiplin yang kuat dalam menolak makanan yang tidak sihat.
Selamat Beramal!