Penulis merupakan peminat kepada genre seram, misteri, lagi-lagi kisah-kisah zombi. Pada penulis genre sebegitu terasa lebih mencemaskan, mendebarkan yang membuatkan diri terasa tidak sabar dan teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Bagi peminat filem Train To Busan, siri The Walking Dead yang menjerumus ke kisah zombi, Wanista gugat adrenalin dengan seleksi drama yang sewaktu dengannya.
5…4…3…2…
Kingdom
Berdasarkan komik web, Kingdom of the Gods yang ditulis oleh Kim-Eun Hee, Kingdom menterjemahkan zaman Joseon (abad pertengahan) Korea, menceritakan putera mahkota mengetuai misi untuk menyiasat wabak hitam yang telah menghancurkan negaranya.
Oleh kerana terdapat hanya enam episod dalam siri pertama, penonton teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada putera mahkota untuk menyelamatkan negaranya yang diserang zombi.
Siaran : Netflix
Santa Clarita Diet
Tidak mengetengahkan elemen drama, tapi Santa Clarita Diet lebih kepada sebuah sitkom yang mencuit hati. Tapi… masih ada unsur suspen dan mengejutkan.
Dua ejen hartanah berkahwin di Santa Clarita, California, hidup dalam keadaan yang selesa dengan anak perempuan dan teman kejiranan sehinggalah si isteri berubah menjadi zombi dan ketagihkan daging manusia. Si isteri dimainkan oleh aktres Drew Barrymore, cara lakonannya sangat bersahaja dan kelakar.
Anda kena tonton kerana Santa Clarita Diet langsung tidak mengecewakan, yang kelakar bila si isteri ingin memburu manusia, pelbagai perkara berlaku.
Siaran : Netflix
The Rain
Satu wabak mula menular melalui hujan menyebabkan jumlah kematian berleluasa di kawasan Scandinavia. Beberapa mangsa yang terselamat kemudian perlu membina masyarkat pasca pasca apokaliptik, seperti “The Walking Dead.”
Terdapat perjuangan kuasa ganas dan puak-puak yang berperang, para penyelamat yang secara tidak sengaja dijangkiti mesti dibunuh dengan kejam.
Siaran : Netflix
Black Summer
Sekumpulan orang asing bersama-sama untuk mencari kekuatan yang mereka perlukan untuk bertahan dan kembali kepada orang yang disayangi.
Zombie dalam cerita ini agak ganas, jadi tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Jalan cerita agak laju, dengan lakonan mantap para pelakon. Terdapat beberapa babak dalam Black Summer yang agak gerun, cemas dan menakutkan. Bagi penulis, itu yang menjadikannya mesti ditonton.
Siaran : Netflix
Sweet Home
Selepas kematian keluarga dalam kemalangan, watak Cha Hyun-soo (Song Kang) berpindah ke sebuah apartmen baru. Tidak lama kemudian, kehidupannya yang sunyi terganggu oleh kejadian aneh yang mula berlaku di situ. Apabila orang berubah menjadi raksasa, Hyun-soo dan penduduk lain cuba bertahan.
CGI yang hebat bila manusia berubah menjadi monster, sinematografi, lakonan setiap pelakon sangat luar biasa. Drama ini menghasilkan jalan cerita dari perspektif yang boleh diterima, itu yang menjadikannya seronok ditonton.
Siaran : Netflix
Jom, streaming cerita zombie. Selamat Menonton!