Bila bercakap tentang muzik K-Pop, dah terbayang peminat mereka yang cukup ramai serata dunia.
Netizen melabelkan mereka iaitu Kpopers obsesi, ekstrem, pantang ditegur, dan mereka dikalangan gadis-gadis muda. Walhal ada saja peminat dewasa cumanya mungkin lebih ‘low profile’.
- Foto – IDWS
Sebenarnya fenomena peminat obsesi telah wujud sejak di zaman The Beatles lagi, malah lagi teruk. Beatlemania adalah fenomena kegilaan peminat kepada band rock Inggeris “The Beatles” pada tahun 1960-an. Populariti mereka mula berkembang di United Kingdom pada akhir 1963.
- Foto – PA Wire
Ketika lawatan mereka di seluruh dunia untuk menjayakan konsert tour, Beatlemania telah dilabel pada tahap histeria yang sangat menggerunkan di mana peminat wanita menjerit nyaring sehingga menyebabkan setiap lagu yang dinyanyikan The Beatles tidak dengar.
Sepanjang tahun 1963 terdapat laporan gadis-gadis remaja berteriak, menangis, pengsan dan mengejar band di jalanan sehingga memerlukan bantuan polis pengiring bagi meredakan keadaan.
“Saya nampak peminat cuba menghampiri drumkit Ringo, kemudian ada 40 peminat mabuk yang cuba merobohkan pagar kawasan pentas, peminat wanita pengsan, menjerit sehingga basah bermandikan peluh. Keadaan yang cukup tragis dan menakutkan,” jelas promoter konsert The Bestles di Scotland, Andi Lothian.
Lihat koleksi gambar rare fenomena Beatlemania yang berlaku era 60-70.
#1
- Foto – Buzzfeed News
#2
- Foto – Buzzfeed News
#3
- Foto – Buzzfeed News
#4
- Foto – Buzzfeed News
#5
- Foto – Buzzfeed News
#6
- Foto – Buzzfeed News
#7
- Foto – Buzzfeed News
Bayangkan Beatlemania sudah berlaku era 60-an lagi. Nak dibandingkan dengan Beliebers, Swiftties, apa la sangat. Tapi peminat K-Pop seperti ARMY, Blinks, EXO-L, Once, mereka boleh tahan ekstrem.
Kamu tergolong dalam fandom mana? Ke multifandom, suka semua muzik dari pelbagai artis?