“Bahagianya tengok mereka berdua”.
“Nampak happy macam langsung tak masalah”.
“Apa rahsia hubungan mereka nampak ceria sentiasa”?
Sebuah hubungan perlu dilandaskan dengan cinta dan komitmen yang kuat. Menjaga keutuhan hubungan perlu dilakukan bersama-sama, tapi kadangkala kita tak menyedari ada sikap-sikap ‘racun’ kita sehingga membuatkan hubungan yang nampak baik boleh jadi RETAK.
Menghindari Masalah
- Foto – Variety
Ada pasangan yang mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada berbicara bila berdepan dengan masalah. Ya, siapa yang suka dengan pertengkaran. Tapi bila dari pertengkaran akhirnya boleh membawa kepada penyelesaian, maka itu lebih lebih baik daripada hanya berdiam diri, merasakan segalanya baik-baik sahaja.
Bayangkan, jika kedua-dua mendiamkan diri, masing-masing tidak mahu berkomunikasi maka perhubungan jadi agak canggung sehingga boleh retak. Bahkan rasa nyaman dalam hubungan boleh berkurang bila masalah yang ada tak pernah dibicara dan dibahas bersama.
Berfikiran Negatif Setiap Saat
- Foto – Variety
Sebagai contoh bila salah seorang daripada anda ingin meluangkan masa bersama, anda asyik terdetik akan setiap aktiviti yang dilakukan di belakang. Rasa sangsi mulai bersarang di minda. Jika kita terus berfikir secara negatif, hubungan boleh retak tanpa kita ketahui.
Sebelum menjadi prasangka, adalah baik untuk menjelaskan terlebih dahulu. Sentiasa bersikap realitistik dan rasional sebelum membuat kesimpulan.
Terlalu Menuntut Kesempurnaan
- Foto – Collider
Anda pernah berdepan dengan hubungan di mana anda perlu menjadi orang lain demi memuaskan hati si dia? Si dia mahukan perempuan sebegini, sebegitu, padahal anda sebaliknya? Jika kita terlalu menuntut kesempurnaan pada pasangan, maka akhirnya kita yang akan kecewa.
Kita tidak boleh mengharapkan pasangan bersikap mengikut keinginan kita. Bahkan kita sendiri juga tak bisa selalu nampak sempurna di depan pasangan setiap waktu. Semua kelebihan dan kekurangan yang ada perlu kita terima dengan seutuhnya agar sama-sama meningkatkan kualiti diri bersama pasangan.
Hubungan yang baik bila mana anda dan pasangan sama-sama menghormati, menghargai serta menerima seadanya. Ingat tiada hubungan yang sempurna, kedua-dua perlu ada sikap give and take, barulah rasa senang bersama.