Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.
Setiap wanita mahu tampil menawan dengan wajah berseri, anjal dan salah satunya miliki bentuk muka runcing yang kecil seperti aktres Fan Bingbing, Keira Knightley, Kendall Jenner dan sebagainya.
Kalau boleh semuanya mahu mendapatkan jalan penyelesaian pantas dan mudah bagi mendapatkan bentuk muka idaman sekaligus menaikkan seri.
Untuk itu, Wanista kongsikan beberapa cara bintang Korea gunakan untuk menjadikan wajah mereka lebih runcing.
Bold/Dangling Earring
Anting-anting bersaiz besar dan panjang boleh membuatkan bentuk muka si pemakai kecil. Hal ini kerana anting-anting menarik perhatian dan memberikan penampilan rahang yang lebih tajam dan leher lebih tinggi.
- Foto – Koreaboo
Aksesori Rambut
Aksesori rambut seperti cekak atau klip rambut mampu memberi tumpuan kepada seseorang, apatah lagi jika anda memakai aksesori yang bold, contoh pada Bae Suzy. Bahkan aksesori juga membantu si pemakai kelihatan lebih muda dan segar.
- Foto – Arkib Wanista
Kaca Mata
Tahukah anda bahawa kaca mata yang bersaiz besar mampu membuatkan muka anda kelihatan lebih kecil daripada biasa.
- Foto – Pinterest
Tapi pastikan anda mendapatkan saiz yang betul mengikut bentuk muka. Cat-eye, bersegi dan kaca mata bulat adalah pilihan selebriti Korea, bentuk ini mempunyai kesan pelangsingan untuk si pemakai.
Bucket Hat
Satu lagi cara mereka ialah mengenakan bucket hat. Katanya bucket hat mampu memberi ilusi kecil pada wajah si pemakai.
- Foto – Pinterest
Semakin besar saiz topi semakin kecil wajah anda kelihatan. Mereka yang mempunyai muka yang lebih panjang harus memakai topi yang lebih kecil, walaupun dengan fedora.
Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.
Selamat Beramal!