“Kalau badan kurus, barulah boleh nak bergaya macam artis,” itu kata-kata biasa yang selalu kita dengar dari wanita berbadan besar.
Rasa insecure tentang fizikal membuatkan diri sangat terhad untuk menggayakan pakaian.
Blogger Tembam Pakai Semua Saiz
Tapi wanita bernama Katie Sturino berjaya membuktikan gaya hebat boleh berlaku pada sebarang saiz – tidak kisah S atau yang XXXL.
- Foto – Instagram
Selepas 10 tahun bekerja di bahagian Perhubungan Awam (PR), dia memulakan blog yang dipanggil ‘The 12ish Style‘ untuk memperkenalkan gadis-gadis seperti dirinya kepada fesyen untuk badan besar dan berkongsi tips serta trik cara berpakaian yang betul malah trendy.
Blogger Vogue Bila Tiru Gaya Artis
Dalam banyak-banyak content, fesyen tiru gaya artis paling mendapat perhatian. Katie Sturino berjaya membuktikan kepada semua wanita plus size mampu menggayakan outfit seperti selebriti, walaupun tidak berfizikal kurus.
- Foto – Instagram
Cara itu, Katie berjaya advokasi kepada setiap wanita untuk yakin dan berani dengan fizikal masing-masing tanpa perlu taksub ‘ikat perut’ demi mendapatkan saiz S.
Lihat antara gaya selebriti seperti Meghan Markle, Emma Robert, Jennifer Garner dan ramai lagi yang ditiru Katie.
Emma Robert
- Foto – Boredpanda
Meghan Markle
- Foto – Boredpanda
Chrissy Teigen
- Foto – Boredpanda
Jennifer Garner
- Foto – Boredpanda
Constance Wu
- Foto – Boredpanda
Reese Witherspoon
- Foto – Boredpanda
Kate Moss
- Foto – Boredpanda
Chrissy Teigen
- Foto – Boredpanda
Meghan Markle
- Foto – Boredpanda
Kate Middleton
- Foto – Instagram
Zoë Kravitz
- Foto – Instagram
Nampak cantikkan semuanya? Jadi siapa kata wanita badan besar tak boleh bergaya macam artis. Ingat yang penting keyakinan dan pedulikan kata-kata negatif orang.
Selamat Beramal!