Friday, April 23, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Ini Perkara Pelik Lelaki Dambakan Pada Wanita

by Malisa Aina
March 12, 2021
Foto - MensXP

Foto - MensXP

7
SHARES
72
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apa yang lelaki mahukan pada wanita? Satu soalan yang cukup misteri dan kekal misteri sehingga ke hari ini.

Kerana cinta sangat subjektif, ada yang lebih memikirkan soal fizikal penampilan semata, ada juga acah-acah tahi ayam tengok pada kebaikan hati tapi lama-kelamaan penampilan juga difokuskan.

Jadi bagaimana? Apa benda yang kaum Adam ini dambakan pada wanita?

Terdapat satu perkara yang biasa untuk kebanyakan lelaki – pandangan pertama menarik mereka pada wanita tertentu.

Ada wanita beruntung lelaki tertarik dengannya tanpa perlu sedikit usaha, sementara ada yang harus berusaha lebih keras supaya lelaki melihat padanya.

Berikut adalah perkara mengenai wanita yang menarik lelaki dengan serta-merta:

Mengenakan solekan yang spesifik

Sesetengah lelaki mendakwa bahawa mereka lebih suka wanita tanpa solekan kerana mereka kelihatan natural beauty.

Foto – Pinterest

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Zoosk (online dating), daripada 1,200 wanita yang bersolek pada gambar profil mereka, 139 mereka lebih cenderung menerima mesej daripada lelaki. Lelaki lebih cenderung ingin bertemu seorang wanita jika dia memakai gincu dalam foto profil.

IKLAN

Lelaki mengatakan mereka lebih suka wanita yang kelihatan “semula jadi”, mereka gemar pada wanita yang tampil dengan solekan natural serba ringkas – terpana pada wanita yang cantik mengenakan eyeliner dan gincu merah (merah pada mereka sangat seksi dan memukau).

Pakai warna merah

Merah adalah warna keghairahan. Jadi, tidak hairanlah lelaki begitu tertarik kepadanya. Dalam satu kajian psikologi dari University of Rochester, lelaki ditunjukkan gambar wanita dalam pakaian yang pelbagai warna.

Foto – Pinterest

Rata-rata lelaki memilih wanita yang memakai merah, lebih cenderung ditemui seksi dan menarik pada mata mereka, dan lelaki lebih mungkin ingin mengajak wanita ini keluar.

Suara bernada tinggi

Ada tak sesiapa di sini boleh terpana dengan suara seseorang. Kajian menunjukkan bahawa wanita cenderung untuk mencari lelaki yang miliki suara deep. Ia bertentangan dengan lelaki. Pilihan ini mempunyai kaitan dengan saiz seseorang yang memiliki suara itu.

Foto – Pinterest

Jika wanita mendengar seorang lelaki dengan suara yang deep, dia mengaitkannya dengan keadaan yang lebih besar. Sebaliknya, apabila lelaki mendengar seorang wanita dengan suara yang tinggi, mereka mengaitkannya dengan seorang yang kecil molek, individu berangka kecil.

Nisbah tubuh yang elok terletak

Perkara ini tidak berkaitan dengan daya tarikat dan lebih banyak mengenai kesihatan dan kesuburan. Bukti menunjukkan bahawa nisbah waist-to-hip adalah petunjuk kuat terhadap tahap estrogen wanita, sama ada risiko obesiti atau penyakit seperti kencing manis, kanser ovari dan jantung.

Foto – Pinterest

Erti kata mudah, lelaki mahukan wanita yang menjaga kesihatan dengan bersenam dan sentiasa menjaga penampilan. Supaya bila mereka dalam sarungan pakaian, mereka kelihatan cantik terletak.

Apa pendapat anda, para wanita? Adakah anda memenuhi karakter di atas?

RUJUKAN

Tags: benda lelaki suka tentang wanitalelaki dambakan wanitaperkara pelik tentang wanitawanita dambaan lelaki
Share3SendShare

ARTIKELTERKINI

Jangan Sesekali Hantar Mesej Ini Bila Kamu Sudah Putus

Mualaf Bertatu Kena Buang Tatu Dulu Ke Sebelum Mengerjakan Ibadah?

Selain Menjadi Sumber Protein, Ini 7 Kebaikan Salmon Yang Ramai Tak Tahu

Minum Air Chlorophyll Trend Baru Di TikTok

Semudah ABC… Ini Cara Yang Tepat Lakukan Senaman Kegel

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.