Bukan rahsia lagi, selebriti terkenal seperti Park Shin-hye dan Song Hye-kyo mendedahkan bahawa rahsia mereka kekal cantik adalah menggunakan topeng muka setiap hari.
Walaupun kita teruja akan rutin kecantikan yang diamalkan selebriti, tapi masih banyak lagi persoalan yang bermain di minda. Jenis sheet mask mana yang harus anda gunakan? Dari yang biasa atau jenis LED? Yang mana sheet mask terbaik yang boleh dibeli di pasaran?
Berikut jenis sheet mask yang terjual di pasaran mesti anda tahu.
Jenis Sheet Mask
Cotton
Ini mungkin jenis bahan yang paling biasa digunakan pada sheet mask. Sangat sesuai pada wajah dan selalunya dari fabrik kain putih.
- Foto – Athem Beauty
Ia tidak mengandungi bahan kimia keras yang boleh merengsakan kulit. Ia lembut, menyerap, dan memungkinkan udara dan kelembapa bergerak bebas, kulit anda terasa selesa dan lembap.
Hydrogel
- Foto – Pinterest
Sangat halus dan memerlukan pengendalian yang teliti. Jangan tarik sheet mask jenis hydrogel kerana ia mudah rosak dan koyak jika tidak digunakan secara rapi. Hydrogel larut 100% dan terasa seperti lapisan filem nipis yang sejuk di wajah anda.
Bio-cellulose
- Foto – Masque
Benar-benar melekat pada kulit. Anda akan berasa seperti anda mempunyai lapisan kulit kedua yang melindungi anda. Ia sangat serupa dengan hyrogel tapi bio-cellulose biasanya lebih nipis. Lekapan yang kuat membolehkan bahan aktif benar-benar meresap.
Foil
- Foto – The Independent
Sheet mask foil adalah yang paling mewah. Material foil mengekalkan serum pada sheet mask sehingga anda dapat memanfaat sepenuhnya. Bila menyentuh kulit, ia sangat selesa dipakai.
Microfibre
- Foto – Amore Mi
Terasa seperti sutera lembut dan berwarna putih. Selalunya sedikit lebih tebal dan lebih lembut daripada kepingan kapas biasa. Bahan mesra alam kerana terbiodegradasi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
Tapi, ingat bukan semua sheet mask yang terjual di pasaran bagus untuk kulit kita. Ada setengah fabrik seperti cotton mungkin tidak sesuai untuk jenis kulit berminyak atau yang acne-prone. Bila nak beli, runding dulu dengan beauty consultant.
Selamat Beramal!