Song Ji Hyo dan Park Bom bawa face mist ke mana saja berada. Kata Ji Hyo, bila terbabit dalam shooting, dia akan memastikan wajahnya punya penghidratan secukupnya.
Untuk pengetahuan semua, semburan penyegar wajah atau face mist bukanlah rutin yang paling asas dalam penjagaan kecantikan.
Seperti yang kita ketahui, rutin yang asas merangkumi langkah membersih, menyegar dan melembab. Namun, tidak salah amalkan face mist untuk memberi kesan segar dan lembap pada wajah yang lesu seharian.
Kenapa kena pakai face mist?
Ia boleh membantu krim pelembab yang kamu gunakan menyerap khasiat dengan lebih optimum. Sebelum menyapu krim pada wajah, semburkan dahulu face mist secukupnya ke arah muka.
Face mist sangat semulajadi kerana ia terhasil daripada spring water, air laut dalam atau air terawat yang telah dimurnikan.
- Foto – NZ Herbals
Face mist boleh membantu menghidratkan wajah yang kekeringan. Terutamanya jika kamu terdedah kepada suhu penghawa dingin, ataupun wajah menjadi lesu kerana berada berjam-jam dalam perjalanan dan penerbangan. Semburkan mist untuk mendapat kesan segar dengan kadar segera.
Membantu mengekalkan mekap. Selepas kamu bersolek, semburkan facial mist untuk mengekalkan mekap pada kadar lebih lama. Kamu akan lebih berpuas hati kerana facial mist memberi kesan berseri pada wajah.
- Gif
Facial mist boleh meredakan kerengsaan wajah. Jika kamu berasa wajah tidak selesa, semburkan facial mist untuk memberi kesan kelegaan pada kulit.
Ia membantu memperbaiki kulit wajah yang kemerahan, meruam dan gatal-gatal. Secara asasnya, ia adalah produk yang disyorkan oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan.
Jenama face mist yang dipercayai
Caudalie Grape Water (BELI)
- Foto – Humble & Rich
Avene Thermal Spring Water (BELI)
- Foto – Care To Beauty
Fresh Vitamin Nectar Antioxidant Glow Water (BELI)
- Foto – Tokopedia
Evian Mineral Water Spray (BELI)
- Foto – Amazon
Mario Badescu Facial Spray with Aloe, Herbs and Rosewater (BELI)
- Foto – Amazon
La Roche-Posay Thermal Spring Water (BELI)
- Foto – Vote Beauty
Bayangkan bekerja seharian di dalam penghawa dingin, jadi segarkan sedikit dengan face mist. Wajah terlihat segar, berseri dan lembap sentiasa!
Selamat beramal.