Bahasa rambut yang dilakukan perempuan sangat subjektif.
Setiap kali berada dalam situasi yang membuatkan diri cemas, seperti temuduga kerja, berjumpa client, atau mungkin first date, mulalah tangan nak merayap menyentuh atau bermain dengan rambut. Perbuatan kamu itu secara tiba-tiba, langsung tidak diduga.
Penulis tahu ramai yang melakukan benda yang sama. Jadi, apa maksudnya bila seseorang menyentuh rambutnya? Ini boleh menjadi tanda bahawa dia tengah gugup, bosan, atau dia mungkin sengaja melakukannya. Mungkin juga kebiasaan biasa yang tidak membawa apa-apa makna.
- Foto – Elle
Pakar bahasa tubuh dan penulis Method of the Masters, Blanca Cobb menyatakan, “Ada orang menyentuh rambut, mengetap jari, atau menggosok lengan mereka, sebagai cara untuk menenangkan diri secara psikologi dan fisiologi ketika mereka merasa cemas, tidak selesa, atau tertekan.”
First thing you should know, kebiasaan menyentuh rambut tidak semestinya berkaitan dengan anxiety.
Menunjukkan Tarikan Kepada Seseorang
Sekiranya dia menyentuh rambut ketika bersama anda dan dia menunjukkan bahasa tubuh yang positif, maka itu boleh menjadi tanda bahawa dia tertarik kepada anda.
Sekiranya dia bermain dengan rambut ketika bercakap dengan anda, itu juga boleh manjadi tanda tarikan tetapi anda juga perlu melihat tanda-tanda tarikan lain dalam bahasa tubuhnya.
- Foto – Bustle
Sebagai contoh, merenung anda kemudian cepat-cepat menoleh ke tempat lain apabila anda perasan, sentiasa menjaga penampilan bila berada di samping anda, tumpuannya hanya pada anda ketika dalam meeting.
Mungkin Sedang Gugup
Sebab mengapa dia menyentuh rambutnya mungkin kerana dia fatigue atau cemas akan sesuatu. Kebiasaan menyentuh, bermain dan menarik rambut mungkin merupakan tanda anxiety.
Ini adalah tingkah laku yang menenangkan diri untuk menenangkan kegelisahan. Tapi jika kebiasaan ini berlaku secara berlebihan, itu merupakan tanda penyakit yang disebut ‘trichotillomania’, yang merupakan daya tarik rambut.
- Foto – No More
Sekiranya anda tidak dapat berhenti bermain dengan rambut anda, atau melihat tompok-tompok botak atau nipis terbentuk di kulit kepala anda – yang merupakan kesan sampingan dari trichotillomania, sila beritahu ahli terapi.
Kesimpulannya bahasa rambut seseorang mempunyai daya tarikat tersendiri yang tidak dapat kita rungkaikan. Bila ditanya, ada yang menjawab sekadar tabiat untuk menghilangkan kebosanan dan macam-macam lagi jawapan.