Kita tahu bahawa sistem darah kita sangat rumit, sebab itulah pentingnya menjaga jantung dan mengetahui jenis darah anda.
Tapi tidak semua orang tahu jenis darah masing-masing, kaitan darah dengan personaliti dan kesihatan.
Ini dia beberapa fakta saintifik tentang sistem darah kita yang Wanista pasti ramai tidak ketahui, even Wanista pun baru tahu.
1. Memerlukan 1,200,000 nyamuk untuk menghisap semua darah dari manusia dewasa.
2. Seseorang boleh kehilangan 40% darah mereka dan masih hidup. Tetapi pemindahan darah tepat pada masanya diperlukan.
- Foto – Discover
3. 21% daripada semua serangan jantung berlaku pada hari Isnin. Puncak kedua berlaku pada hari Jumaat. Para saintis menganggap bahawa alasannya adalah kerana “hormon” stres yang berlaku pada awal minggu.
4. Denyutan jantung kita mempegaruhi mood kita. Para saintis mengkaji fenomena ini bila seorang lelaki dilengkapi dengan hati yang baru. Selepas pembedahan, fikiran, perasaan, dan tindakannya berubah serta merta.
5. Untuk mengurangkan risiko serangan jantung, anda harus bangun dengan perlahan pada waktu pagi dan mengurangkan intensiti senaman malam.
- Foto – Daily Mail
6. Air kelapa dapat menggantikan plasma darah berkat daripada komposisi yang serupa.
7. Kumpulan darah mungkin menjadi alasan perceraian. Para saintis telah mengetahui bahawa ada kaitan antara jenis darah pasangan suami isteri dan peratusan perceraian.
8. Jenis darah memberi kesan kepada kesihatan kita. Orang dengan darah jenis O tidak terdedah kepada penyakit kardiovaskular tetapi mereka lebih mudah terkena kanser kulit atau kegemukan.
9. Orang dengan darah jenis A harus memerhatikan tahap kolesterol dalam darah mereka. Mereka berisiko terkena penyakit jantung koronari.
- Foto – Medical Daily
10. Mereka yang mempunyai darah jenis B risiko terdedah kepada diabetes dan kanser pankreas.
11. Orang yang mempunyai darah jenis AB harus menjaga ingatan dan konsentrasi kerana kemungkinan gangguan kognitif pada individu AB adalah 82% lebih tinggi daripada jenis lain.
12. Perwatakan kita bergantung pada jenis darah. Para saintis telah mengmui kaitan antara watak subjek dan jenis darah.
Ada yang kena dengan diri anda tak?