Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Fesyen

Pengumpul Beg Hermes Kongsi Cara Jaga Beg Dengan Betul Untuk Kekal Tahan Lama

by Mas Idayu
January 2, 2021
Foto - Instagram Mel In Melbourne

Foto - Instagram Mel In Melbourne

Share on FacebookShare on Twitter

“Agak-agaknya macam manalah pengumpul beg Hermes menjaga beg tangan mereka dengan baik ya?”

Kebanyakan beg yang pengumpul beg tangan Hermes miliki, mempunyai beg tangan Hermes yang sudah berusia dan ianya masih dalam keadaan baik.

Untuk pengetahuan semua bukan mudah untuk menjaga beg kulit Hermes, apatah lagi mengekalkan struktur beg yang kukuh dan masih utuh untuk digunakan secara harian dalam tempoh yang lama.

IKLAN

Menerusi perkongsian dalam siaran YouTube Mel In Melbourne, YouTuber Mel bersama rakannya Marianne yang merupakan seorang pakar dalam semua berkaitan Hermes berkongsi rahsia bagaimana nak menjaga beg Hermes dengan betul agar tahan lama.

Dan menerusi video di bawah, Marianne curahkan pengalaman selama 30 tahun sebagai pakar Hermes dalam menjaga beg tangan Hermes dengan betul.

Beg Harus Dalam Posisi ‘Straight-Away’

Foto – Instagram Mel In Melbourne

Menurut Marianne untuk menjaga beg Hermes agar tahan lama dan utuh, beg tersebut harus diletakkan dalam posisi ‘straight-away’ atau dalam posisi beg berdiri lurus terletak.

Simpan Dalam ‘Dust Bag’

View this post on Instagram

A post shared by Mel In Melbourne (@mel_inmelbourne)

Kalau perasan, setiap pembelian mana-mana beg berjenama terdapat dust bag atau beg karung yang disarungkan pada beg yang di beli tersebut.

IKLAN

Dust bag yang disarung pada beg tangan bukan sekadar beg karung biasa, ianya merupakan beg karung yang dihasilkan bagi melindungi beg tangan dari sebarang bau hapak yang terdapat pada kotak beg.

Jadi beg Hermes harus disimpan dalam beg karung dalam posisi berdiri lurus, agar beg tahan lama dan kekal utuh.

Jangan Simpan Beg Dalam Kotak

Foto – Instagram Mel In Melbourne

Selain itu, Marianne juga menyatakan beg Hermes harus diletakkan diluar kotak, dan jangan sesekali menyimpan beg tangan kesayangan di dalam kotak.

Bagi yang tidak tahu, dahulu gam yang digunakan pada kotak beg Hermes mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Dan bagi menjaga beg dari dihinggapi dengan bau-bau yang kurang menyenangkan itu, Marianne meletakkan semua beg Hermesnya luar kotak dan simpan di rak khas untuk koleksi beg Hermesnya.

Haram Simpan Beg Hermes Dalam Posisi Baring!

Foto – YouTube Mel In Melbourne

Dalam perkongsian video ini, Marianne menegaskan kepada pemilik beg Hermes diluar sana agar tidak menyimpan beg Hermes dalam posisi baring.

Kerana membiarkan beg tangan dalam posisi sebegitu akan merosakkan bahu beg, dan lama-kelamaan struktur beg tersebut akan berubah dan ini akan merosakkan beg.

Foto – Instagram Mel In Melbourne

Jadi bagi yang ingin menjaga beg Hermes kesayangan masing-masing, ini antara tips penting yang perlu kamu beri perhatian.

Apatah lagi beg tersebut bukannya murah dan sebagai pemilik beg jenama paling mahal didunia ini, kamu harus lebih peka dan teliti dalam menjaga beg tangan kamu.

Semoga maklumat yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi pencerahan buat kamu, selamat beramal♥

Tags: Beg Tangan HermesCara Penjagaan Beg HermeshermesKoleksi Beg Tangan HermesNasihat Pakar Beg HermesPengumpul Beg Tangan HermesTips Betul Cara Beg Tangan Hermes
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan