Ingat manusia saja ada rumah, rupanya syaitan pun ada ‘rumah’ mereka sendiri juga dan paling tidak disangkakan ‘rumah’ bangsa ghaib ini sebenarnya cukup dekat dengan kita semua.
Sebenarnya terdapat beberapa tempat atau lokasi merupakan ‘rumah’ syaitan dan tempat-tempat ini perlu kita berjaga-jaga dan beri perhatian agar tidak berlaku musibah pada diri ataupun keluarga.
Ini antara tempat atau lokasi yang syaitan jadikan sebagai ‘rumah’ mereka.
#1 Di Depan Pintu Tandas Dan Dapur
- Foto – Arkib Wanista
Mengapa syaitan suka jadikan depan pintu tandas dan dapur sebagai kediaman mereka adalah kerana di situ terdapatnya makanan kesukaan mereka sendiri.
Seperti sisa makanan yang terdapat di dapur seperti tulang-tulang dalam sampah dan juga sampah di dalam bilik air, akan menjadikan ia sarang kediaman syaitan.
Cara tangani: Apa yang boleh kamu lakukan adalah seelok-eloknya kamu buang sampah yang ada di dapur, dan bilik air sebelum maghrib agar syaitan tidak menetap di situ.
#2 Di Depan Televisyen, Telefon Pintar Dan Komputer
- Foto – NBC News
Kenapa pula syaitan pilih depan televisyen, telefon pintar dan komputer sebagai kediaman mereka? Ini kerana dihadapan alat elektronik canggih ini banyak manusia menjadi lalai, dan sering melihat maksiat dihadapan skrin alat ini.
Cara tangani: Elakkan melihat, membaca ataupun menonton sesuatu yang berunsur melalaikan, program yang tidak menutup aurat, menaip mesej-mesej yang tidak baik dan sebagainya.
#3 Dalam Bilik Yang Dah Lama Tidak Berpenghuni
- Foto – PRWeb
Bilik yang tidak dihuni, atau jarang dimasuki merupakan lokasi terbaik untuk syaitan ‘bina’ penempatan di situ. Sebab itu, ramai ilmuan agama menyarankan guna semua ruang dan bilik, agar tiada penghuni ghaib cuba mendudukinya.
Cara tangani: Kamu harus menggunakan setiap ruang dan bilik yang terdapat dalam rumah, dengan memasang bacaan ayat Al-Quran, selalu bersihkan bilik dan juga membuat majlis makan-makan atau keramaian.
#4 Tempat Tersimpannya Alat Muzik
- Foto – Arkib Wanista
Ya, alat muzik juga merupakan tempat tinggal kesukaan syaitan kerana alat muzik yang medium bagi membuatkan manusia lalai.
Cara tangani: Elakkan menyimpan sebarang alat muzik di dalam rumah jika tidak, maka hubungan antara alat muzik dan syaitan terpisah tiada jadi harus berhati-hati.
#5 Di Tempat Yang Mempunyai Gambar Haiwan, Manusia Dan Patung
- Foto – Arkib Wanista
Jika dalam rumah kamu mempunyai gambar atau lukisan haiwan dan manusia di langsir, permaidani, pakaian, pelekat kartun dan juga patung. Nah, maka ia menjadi tempat terbaik dan dijadikan lokasi penempatan syaitan tanpa kamu sedar.
Cara tangani: Elakkan mengambil gambar, menyimpan gambar manusia seperti idol dan artis, melukis gambar dan menyimpan patung di dalam rumah.
#6 Dalam Tangkal
- Foto – Arkib Wanista
Jika kamu mempunyai tangkal azimat di dalam rumah, maka syaitan sangat gembira menjadikan ia sebagai ‘rumah’ dan dijadikan sebagai penempatan mereka.
Cara tangani: Elakkan membeli tangkal dan jika dah ada, kamu perlu neutralkan dengan sediakan air putih dalam bekas dan baca ayat ruqyah satu kali, ayat kursi satu kali, dan baca tiga qul satu kali dan tiup pada air tersebut.
Kemudian rendam azimat atau tangkal dalam air tersebut selama beberapa jam, bagi neutralkan sesuatu yang tidak baik dalam azimat tersebut.
#7 Dalam Barang Lama
- Foto – Ebay
Tahu tak kebanyakan barang-barang lama merupakan tempat kesukaan syaitan untuk dijadikan penempatan, apatah lagi kalau barang tersebut tidak diketahui asal usulnya.
Cara tangani: Kamu perlu tahu dari mana asal usul baran tersebut dan kalau boleh jangan simpan barang lama di dalam rumah.
#8 Rumah Kosong Lama Terbiar
- Foto – Arkib Wanista
Jika kamu miliki banyak rumah dan rumah-rumah tersebut telah lama tidak digunakan, maka ketahuilah terdapat penghuni ghaib yang menetap dan membuat sarang mereka di dalam rumah tersebut.
Cara tangani: Jika kamu miliki banyak aset, seeloknya kamu sewa atau gunakan rumah sebagai tempat untuk mengadakan kelas mengaji atau majlis ilmu.
Dengan sedikit maklumat yang dikongsikan menerusi saluran video YouTube Pusat Rawatan Al Idrus ini, semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari sebarang gangguan makhluk ghaib, amin.
Selamat beramal♥