Tidak asing lagi sebut sahaja nama Jack Ma, ramai yang tahu beliau adalah pengasas kepada perniagaan terbesar Alibaba dan Ant Group.
Menjadi bualan orang ramai, baru-baru ini Jack Ma telah dikatakan ‘hilang’ apabila dia tidak muncul dalam episod akhir rancangan bakat TV yang dianjurkan olehnya iaitu Africa’s Business Heroes.
Disebabkan oleh situasi itu, jurucakap Alibaba telah mengatakan pengasas itu tidak dapat menjadi panel hakim akhir disebabkan oleh kekangan jadual.
Dalam pada masa yang sama dia telah digantikan dengan pegawai eksekutif Alibaba dan gambarnya dikeluarkan daripada laman web rancangan tersebut.
Kehilangan Jack Ma secara tiba-tiba ini menarik perhatian orang ramai setelah dia telah mengkritik secara terbuka tentang sistem pengawalan kewangan China.
Tidak dilihat selama dua bulan, kehilangan Jack Ma ini menarik perhatian orang ramai setelah dia dikatakan memberi ucapan yang mengkritik sistem pengawasan kewangan di China.
Sidang Kemuncak Bund di Shanghai
Pada 24 Oktober 2020, Jack Ma telah mengkritik secara terbuka penggubal undang-undang yang menegakkan peraturan kewangan global iaitu Perjanjian Basel dengan menggelar mereka sebagai ‘kelab orang tua’.
“Perjanjian Basel ini boleh dikatakan sama seperti kelab orang tua. Kita tidak dapat menggunakan kaedah semalam untuk mengatur masa depan.”
Selain itu, Jack Ma juga mengatakan kerangka Perjanjian Basel tersebut cenderung untuk menyekat peluang anak muda dan negara-negara yang membangun serta peraturan pengawalseliaan yang menekankan konsep inovasi.
https://www.youtube.com/watch?v=gCSHV4xZd7E
Ucapan itu dilakukan di hadapan pemimpin kewangan terkemuka negara seperti Zhou Xiaochuan, gabenor (Yi Gang) dan bekas gabenor People’s Bank of China.
Jack Ma juga mengatakan bahawa bank-bank tradisional di China menggunakan mentaliti ‘pengadaian’, di mana mereka tidak akan dapat memenuhi keperluan kewangan dunia pada masa hadapan.
Penjualan Saham Awam Ant Group
Sebelum berlakunya sidang kemuncak Bund di Shanghai, Ant Group telah membuat persiapan Initial Public Offering (IPO) yang bernilai sebanyak US$37 bilion. Dan berkemungkinan syarikat itu akan melebihi nilai sebanyak US$300 bilion.
Melalui IPO, ia akan meningkatkan kekayaan bersih Jack Ma dan menjadikannya sebagai kedudukan orang terkaya di negara China. Tetapi segalanya berubah selepas sidang kemuncak itu.
China dikatakan telah melanggar peraturan dan membantah IPO Ant Group yang memberi kesan kepada penurunan saham sebanyak US$14 bilion (17%) dalam nilai pasaran Alibaba.
Disebabkan situasi itu, Bursa Saham Shanghai mengatakan Ant Group telah memberitahu masalah penting seperti perubahan dalam persekitaran teknologi kewangan telah berlaku.
Akhir Disember, pihak berkuasa China telah melancarkan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba dan meminta Ant Group untuk menyusun semula operasi mereka.
Kemudiannya, Jack Ma telah dipanggil untuk siasatan dan mula hilang sejak daripada hari itu.
“Kehilangan Jack Ma itu bukanlah satu kebetulan. Tetapi semuanya mula berubah setelah ucapannya itu.
Dan pada masa yang sama, Agensi Berita XinHua telah menyerang Jack Ma secara terbuka”, ujar Chen Zhiwu (Profesor Kewangan di Universiti Hong Kong).
Walaupun kejadian kehilangan Jack Ma ini bukanlah yang pertama kalinya berlaku di China, agak-agak kamu di manakah dia berada sekarang?