Popular dengan lagu ‘Terlalu Istimewa’ dan filem arahan Yasmin Ahmad, siapa sahaja yang tidak kenal dengan Adibah Noor?
Beliau telah berkongsi tentang penyakit Bell’s Palsy iaitu diserang masalah saraf hampir sebulan yang lalu selepas melihat pelakon Faye Kusairi yang menghidapi penyakit yang sama.
Adibah memberitahu situasi itu tidak pernah berlaku sepanjang hidupnya dan beberapa simptom yang muncul membuatkan dirinya tertanya-tanya apa yang berlaku.
Pada peringkat awal, dia mengalami kegatalan yang melampau pada bahagian mata dan air mula terpancut keluar dari mulut ketika menggosok gigi dan berkumur.
Selain itu, bibirnya menjadi tebal dan apabila bercakap, sebutan huruf P dan S kedengaran lain dan pelik. Ketika waktu makan pula, dia akan mula menggigit bibirnya sewaktu menjamah makanan.
“Saya perasan sesuatu apabila mula berkumur sewaktu menggosok gigi. Secara tiba-tiba air mula terpancut keluar daripada mulut seolah-olah ianya bocor.
Tidak hiraukan situasi itu, saya pergi shooting dan mendapati bibir menjadi senget dan tidak boleh bercakap seperti biasa.”
Akibat perubahan ketara yang berlaku, Adibah mengambil keputusan untuk merujuk kepada pakar dan menjalani sesi rawatan fisioterapi.
Antara rawatan yang dijalaninya adalah meletakkan botol panas di muka, stimulasi elektrik, urutan dan laser.
Sangat menakutkan apabila kamu tidak tahu apa yang berlaku dan secara tiba-tiba diserang dengan masalah saraf. Jadi apa yang kamu perlu tahu tentang Bell’s Palsy?
Bell’s Palsey
Penyakit ini adalah satu keadaan otot-otot muka mengalami kelemahan sementara atau kelumpuhan.
Bell’s Palsey ini menyerang saraf yang mengawal otot muka sehingga buatkan ia menjadi meradang dan membengkak.
Individu yang menghidapi penyakit ini boleh mengalami masalah untuk senyum atau menutup mata.
Walaupun ia memberikan penampilan yang ketara, tetapi kelumpuhan ini bersifat sementara dan boleh hilang setelah menjalani rawatan.
Penyebab
Situasi ini boleh berlaku apabila saraf cranial yang ketujuh mula menjadi bengkak yang mengakibatkan kelemahan pada otot muka dan menyebabkan kelumpuhan.
Walaupun punca sebenar tidak dapat diketahui tetapi penyelidik perubatan percaya iainya terjadi disebabkan oleh jangkitan virus seperti;
- HIV
- Herpes simplex
- Sarcoisosis
- Herpes zoster (penyakit cacar air)
- Penyakit Lyme
Simptom
Untuk mereka yang alert, individu tersebut akan mengalami rasa sakit di bahagian belakang telinga untuk 1 sehingga 2 hari sebelum simptom lain muncul.
Dan berkemungkinan beberapa simptom ini akan terjadi sebelum kamu mengalami lumpuh pada sebelah muka;
- Tidak dapat tutup kelopak mata atau berkelip
- Mata menjadi lebih kering daripada biasa
- Air liur meleleh
- Sukar untuk mengunyah
- Kurang deria rasa
- Otot muka jadi berkedut
- Rasa sakit yang melampau di bahagaian belakang telinga
Bagi sesetengah situasi yang jarang berlaku, seorang individu boleh mengalami kelumpuhan pada keseluruhan mukanya.
Rawatan
Walaupun Bell’s Palsy ini adalah kelumpuhan bersifat sementara dan boleh sembuh tanpa rawatan. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu dan bulan untuk otot muka kamu kembali normal.
Tetapi bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan, ini adalah beberapa rawatan yang boleh didapati dengan saranan daripada doktor.
Ubat-ubatan
- Corticostreroid untuk kurangkan keradangan pada otot muka.
- Antivirus atau antibakteria.
- Ubat tahan sakit (ibuprofen atau acetaminophen).
- Titis mata.
Di Rumah
- Guna eye patch untuk elak kekeringan pada bahagian mata.
- Ambil tuala yang dicelup air suam untuk lembapkan di bahagian muka bagi menghilangkan rasa sakit.
- Membuat urutan muka bagi melembutkan semula otot.
- Lakukan latihan terapi fizikal bagi merangsang otot muka.
Jika kamu mula mengalami beberapa simptom ini, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan. Selain mendapatkan rawatan segera, kamu perlu menjaga dan menjalani gaya hidup yang sihat.