Seriuslah pakai headphone terlalu lama boleh menyebabkan muka breakout dan makin bermasalah?
Biasa yang kita dengar pakai headphone terlalu lama, boleh merosakkan deria pendengaran. Kehilangan pendengaran yang disebabkan bunyi adalah tidak menyakitkan dan beri kesan negatif secara perlahan, ia kekal dan tidak boleh diubati.
Tapi masalah kulit muka, belum lagi dengar. Ke macam mana?
Ikut Peraturan 60/60
Tahukah doktor mengesyorkan peraturan 60/60 untuk mendengar muzik bagi mengelakkan gangguan pendengaran. Memberi perhatian kepada muzik dan masa sangat penting untuk menstabilkan deria dengar. Kata doktor, mendengar pada volume 60 peratus maksimum 60 minit.
- Foto – Elite Readers
Apabila kita melanggar peraturan ini, kita mungkin mengalami masalah perasaan seperti berputar, mual, bahkan gangguan tidur. Ini kerana beberapa kesan headphone pada badan kita jika kita menggunakannya terlalu lama dan kerap.
Tahi Telinga Yang Berlebihan
- Foto – Pinterest
Menggunakan headphone untuk jangka masa panjang menjadikan tahap pengeluaran tahi telinga meningkat yang membawa kepada risiko tinnitus yang lebih tinggi, masalah pendengaran, sakit telinga, dan jangkitan telinga.
Kekerapan Sakit Kepala
Orang yang headphone terlalu lama mendedahkan kepalanya kepada tekanan yang tidak semestinya berlaku secara semula jadi.
- Foto – Dr Morton
Akibatnya, kulit kepala dan telinga dalam kita menjadi kompres dan kita boleh sakit kepala. Headphone boleh memburukkan lagi migrain jika anda terdedah kepadanya.
Timbul Masalah Kulit Dan Jerawat
Menurut pakar perubatan, orang yang memakai headphone yang besar, terutama ketika bersenam dan berpeluh, membiatkan ribuan bakteria yang tidak baik untuk membiak.
Keadaan ini boleh menyebabkan jerawat dan jangkitan kulit. Jika menggunakan earplug, minyak yang berlebihan dari dalam telinga mungkin mula berkumpul, mewujudkan sarang untuk bakteria lalu menyebabkan jerawat telinga.
- Foto – News
Dermatologi menerangkan terutama berlaku ketika anda bersenam dan selepas bersenam, atau jika anda memakai untuk jangka masa yang panjang. Peluh dan kelembapan berkumpul di dalam dan di sekitar headphone, mendorong bakteria untuk membiak.
Jadi, ya pakai headphone terlalu lama boleh menyebabkan breakout di muka, terhasil daripada minyak dan bakteria.