Lihat di media sosial mahupun di kaca televisyen, musim banjir yang melanda hampir keseluruhan kawasan di Malaysia semakin teruk.
Kalau kamu lihat, ada rumah yang dinaiki air sehingga paras buku lali dan ada yang sehingga ke paras bumbung. Bukan itu sahaja, kebanyakkan barangan rumah dan kenderaan semuanya menjadi rosak.
Walaupun begitu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan ketika musim banjir ini seperti membiarkan anak-anak kecil bermain air dan sengaja meredah air banjir ‘konon’ untuk melihat kawasan yang dinaiki air.
Untuk pengetahuan kamu, bahaya menaiki kenderaan ketika banjir. Ini kerana kamu berkemungkinan boleh lemas dan terperangkap dalam kenderaan ketika dihanyutkan arus deras. Tetapi kalau kamu menghadapi situasi begitu, bagaimanakah caranya untuk selamatkan diri?
Hanya 60 saat
Kamu boleh selamatkan diri dalam masa 60 saat sahaja secara maksimumnya. Tidak perlu menunggu pasukan penyelamat kerana berkemungkinan tidak sempat, jadi kamu perlu selamatkan diri sendiri dahulu.
Kamu perlu keluar daripada kenderaan sebelum air naik ke paras tingkat iaitu 30 saat sehingga 60 saat sebelum air memasuki dalam kenderaan. Jadi, ada beberapa langkah yang perlu kamu lakukan sebagai persediaan untuk menyelamatkan diri.
#1 Sedia Untuk Impak
Air yang memasuki ke dalam kereta boleh menyebabkan kamu menghadapi kesukaran untuk selamatkan diri.
Siap sedia dengan mencengkap stereng pada posisi “9 dan 3”. Jika beg udara keluar, elak daripada letakkan tangan di posisi 10″ dan 2″ kerana ia boleh menyebabkan muka kamu terkena tangan. Dan lebih teruk lagi jika kamu memakai jam, ia boleh menyebabkan kamu pengsan.
#2 Jangan Panik!
Apabila air mula memasuki kereta, arusnya akan menjadi deras. Kereta kamu boleh tenggelam dalam masa 30 saat sehingga 2 minit secara sepenuhnya.
Sebelum ia tenggelam, kamu perlu bergerak dengan cepat untuk mengeluarkan diri. Minivan dan kenderaan besar mempunyai masa yang lama berbanding kenderaan kecil untuk tenggelam.
Sebaik sahaja kamu sedar kenderaan mula memasuki air, fokus dan lakukan beberapa langkah menyelamatkan diri dan tidak perlu untuk panik kerana ia akan merumitkan keadaan.
#3 Jangan Buka Pintu
Kalau difikirkan buka pintu lebih cepat untuk selamatkan diri. Tetapi kamu tidak perlu membukanya kerana arus air akan memasuki kereta dengan lebih cepat dan membuatkan kenderaan lebih cepat karam.
Dengan membuka pintu, kamu akan kehilangan 60 saat yang berharga untuk selamatkan diri.
#4 Buka Tali Pinggang Keledar
Penting untuk kamu membuka tali pinggang keledar terlebih dahulu. Ini kerana jika kamu panik untuk lepaskan diri dan tidak membuka tali pinggang keledar, ia boleh menghalang kamu daripada bergerak.
Sekiranya kamu mendapati buckle tersekat, potong tali tersebut. Keadaan buckle tersekat ini sering berlaku. Jadi kamu disyorkan untuk menyediakan satu pemotong tali pinggang keledar yang boleh dicapai di tempat duduk pemandu.
#5 Penumpang
Untuk situasi ini pula, jika kamu mempunyai penumpang di tempat duduk belakang, lepaskan tali pinggang keledar mereka. Pastikan mereka bebas daripada tersekat oleh tali pinggang keledar sebelum mereka bergerak melakukan perkara menyelamatkan diri.
Setelah itu, minta mereka untuk keluar melalui tingkap atau tarik mereka ke bahagian depan kereta sehingga berjaya keluar melalui tingkap kamu.
#6 Buka Atau Pecah Tingkap
Selepas semua orang dalam kenderaan membuka tali pinggang keledar masing-masing, minta untuk buka tingkap.
Sesetengah tingkap kenderaan masih berfungsi walaupun kenderaan dimasuki dengan air. Sekiranya kamu tidak berjaya membuka tingkap, sangat disarankan untuk memecahkannya.
Perlu untuk kamu sediakan pemecah tingkap kenderaan kerana alat ini dilengkapi dengan pemotong tali pinggang keledar. Pastikan kamu meletak alat ini berdekatan dengan tempat duduk kamu.
#7 Keluar Selamatkan Diri
Selepas tingkap dibuka atau dipecahkan, tolak keluar dahulu penumpang kamu dan utamakan orang tua, kanak-kanak dan wanita. Kemudian, selamatkan diri.
Setelah keluar daripada kenderaan, terus berenang ke tempat yang lebih selamat. Jika tidak pandai berenang, jangan panik tetapi minta bantuan.
Penting untuk kamu tahu cara-cara ini untuk selamatkan diri dan penumpang daripada lemas dalam kenderaan yang dimasuki air. Ingat jangan panik!