Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

Viral! Apa Yang Popular Di Timah Tasoh, Perlis?

by Sofie Azizlan
January 6, 2021
Foto - Viral Buzz Malaysia (Facebook) / Lieyza Idris (Facebook)

Foto - Viral Buzz Malaysia (Facebook) / Lieyza Idris (Facebook)

20
SHARES
199
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut sahaja Perlis, kebanyakkan orang pasti bayang negeri yang tidak mempunyai ramai orang dan lokasi-lokasi yang ingin dikunjungi jaraknya jauh sekali.

Walaupun Perlis ini dikatakan sebagai negeri yang terkecil di Malaysia, tetapi banyak lokasi yang perlu diterokai oleh orang luar.

Seperti viral di media sosial, banyak posting mengenai salah satu lokasi yang dikatakan sebagai hidden gems Perlis iaitu Tasik Timah Tasoh.

Pelbagai jenis tarikan baru disediakan bagi para pengunjung dan semuanya nampak best sangat! Kalau kamu mahu tahu apakah tarikan tersebut, teruskan membaca.

Kayak

Kawasan tasik yang luas dan tenang membolehkan ianya menjadi salah satu tempat yang menarik untuk berkayak. Sambil berkayak kamu boleh menikmati pemandangan yang indah dan menghijau di sekitarnya.

View this post on Instagram

A post shared by Nazieha Abu Hasan (@ziehahasan)

View this post on Instagram

A post shared by NRASIAH 🌻 (@asiah.af)

Kayak di tasik ini boleh dilakukan secara berpasangan. Jika kamu tidak tahu bagaimana untuk kendalikannya, jangan segan untuk meminta bantuan penjaga di situ untuk tunjuk ajar.

Untuk menaiki kayak, kamu hanya perlu membayar sebanyak RM10 sahaja. Murah bukan?

Sewaan Kenderaan 

Pelbagai hotspot yang menarik untuk dijadikan memori, kamu boleh menyewa beberapa kenderaan untuk mengelilingi keseluruhan tasik ini.

View this post on Instagram

A post shared by Aisyahnabihah (@ecah_nabihah)

Daripada scooter, basikal sehinggalah ke kereta api kanak-kanak, semuanya murah dan memudahkan para pengunjung. Hanya dikenakan bayaran yang rendah sahaja semasa kamu menyewa kenderaan ini.

Foto – Kak Yam (Facebook) / Kedah Kini (Facebook)

Sewa basikal – RM 5 (tiada had masa)

Sewa Scooter – RM 20 (20 minit)

Kereta Api Kanak-kanak – RM 5 (bawah 2 tahun percuma)

Memancing 

Untuk kamu yang gemar akan aktiviti memancing, jangan lepaskan peluang untuk melakukannya di sini.

IKLAN

Foto – Perlis Caster (Facebook)

Banyak port yang menarik menanti peminat memancing. Selain menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah, sangat perfect untuk mood memancing kamu. Jika umpan kamu mengena, tangkapan tersebut boleh dibawa pulang.

Berkhemah 

Bagi mereka yang suka akan aktiviti perkhemahan, pasti pengalaman berkhemah di Tasik Timah Tasoh ini tidak akan mengecewakan kamu! Banyak tempat yang boleh dipilih untuk didirikan khemah.

View this post on Instagram

A post shared by liana1412 (@liana1412)

Sama ada di tepi tasik, pondok mahupun di bawah pokok yang rendang, pasti kamu akan rasa sangat seronok! Udara yang segar dan sejuk, tidak perlu lagi risau tidur dalam keadaan yang panas.

Untuk waktu pagi pula, kamu boleh melihat matahari terbit di sebalik kabus-kabus yang membaluti kebanyakkan kawasan di sekitarnya.

Port Bergambar 

Of course bahagian ini yang dicari oleh kebanyakan orang. Tidak lengkaplah kalau datang ke sini tidak bergambar!

Banyak port bergambar yang cantik boleh diabadikan sebagai memori yang terindah. Daripada props yang besar sehinggalah props yang kecil, semuanya disediakan untuk para pengunjung.

Foto – Iwanul Aliff (Facebook) / Adib Azmay (Facebook)

View this post on Instagram

A post shared by |Maryani Mat Saad| (@maryanie_yani)

View this post on Instagram

A post shared by AquSham (@shamshubert)

View this post on Instagram

A post shared by Aienull Fietriah Ali (@aienull.f)

Ada lagi satu perkara yang membuatkan para pengunjung menjadi lebih excited iaitu pokok tulip bercahaya. Jika datang pada waktu malam, kamu akan mendapati tasik ini dihidupkan dengan cahaya daripada pokok tulip ini. Semua cantik-cantik belaka!

Foto – Viral Buzz Malaysia (Facebook)

Selain berasa tenang dan feeling seperti back to nature, tidak rugilah kalau kamu mengunjungi Tasik Timah Tasoh ini!

Tags: aktiviti di tasik timah tasohtarikan tasik timah tasohtasik timah tasohtasik timah tasoh perlistasik timah tasoh viral
Share8Tweet5Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.