Sebagai seorang wanita, skincare bukan sahaja penting dalam rutin harian kita malah pemilihan pewangi yang sesuai untuk badan juga penting.
Ketika menjaga wajah, sudah semestinya kita akan memilih produk yang terbaik sahaja mengikut jenis kulit. Sama seperti wajah, pewangi juga perlu dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit.
Setiap jenis pewangi yang disembur ke badan, ada individu yang sesuai dan ada yang tidak sesuai. Bagi mereka yang tidak sesuai, ia mungkin menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata, sakit kepala dan juga boleh trigger penyakit asma.
Jadi, macam mana nak tahu pewangi jenis yang mana sesuai dengan jenis kulit kamu?
Kulit Kering
Bagi mereka yang memiliki kulit kering, pewangi yang disembur akan diserap masuk ke kulit dengan cepat dan ia juga boleh pudar dengan cepat.
Jadi untuk individu ini mahu mengekalkan wangian tersebut di badan, gunakan losyen badan tanpa wangian terlebih dahulu. Dan selepas itu barulah kamu boleh menyembur pewangi ke badan.
Pewangi yang digunakan perlu mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding biasa.
Perlu Beli: Eau de Parfum (EDP) dan Eau de Toilette (EDT)
Perlu Elak: Eau de Cologne (EDC) dan Body Mist
Kulit Berminyak
Individu yang mempunyai kulit jenis ini, kulit mereka mengandungi minyak di mana ia membantu menjaga wangian yang disembur untuk tahan lebih lama.
Tetapi kulit berminyak ini boleh menjadikan wangian pada badan kamu menjadi lebih ‘menyakitkan’ baunya pada siang hari.
Kamu boleh menggunakan pewangi yang mempunyai wangian pedas serta wangian manis dan segar.
Perlu Beli: Eau de Toilette (EDT)
Perlu Elak: Eau de Cologne (EDC)
Kulit Sensitif + Berpeluh
Memiliki kulit sensitif dan berpeluh sangat merumitkan keadaan kerana kamu perlu memikirkan untuk reapply beberapa kali pewangi tersebut.
Tetapi bukan sembarangan pewangi boleh dipakai. Ada beberapa wangian boleh menyebabkan kulit kamu rasa seperti terbakar. Ini kerana pewangi mengandungi alkohol yang meresap ke dalam pori-pori dan menyebabkan kerengsaan.
Jadi untuk membeli pewangi, kamu perlu membeli pewangi yang mempunyai kandungan alkohol yang sedikit
Perlu Beli: Eau de Parfum, Eau Fraiche, Body Mist dan Body Spray
Perlu Elak: Eau de Parfum
Cara Memakai Pewangi Dengan Betul
Untuk memakai pewangi, kamu tidak boleh main sembur sahaja pewangi di seluruh badan. Ada beberapa tempat tertentu sahaja perlu disembur kerana ia boleh mengekalkan bau yang lebih lama dan tidak perlu untuk reapply dalam masa yang singkat.
Jarak Penyemburan Pewangi
Ketika menyembur pewangi di badan atau kulit, elakkan daripada menyembur dalam jarak terlalu dekat mahupun jarak terlalu jauh.
Sembur pewangi kira-kira 5 inci sehingga 7 inci daripada badan. Jika badan kamu menjadi basah selepas menyembur, ia bermaksud kamu menyembur dalam jarak yang sangat dekat.
Sembur Pada Titik-Titik Nadi
Kenapa perlu sembur pada nadi? Untuk pengetahuan kamu, titik-titik ini adalah tempat di mana saluran darah berada dekat dengan permukaan kulit.
Dalam pada masa yang sama, ada haba tambahan pada titik ini. Ia boleh menyebabkan panas haba tersebut naik ke udara dan berkemungkinan besar wangian kamu akan terus berbau.
Kamu juga boleh menyembur pada collarbone, lutut dan garis leher.
‘Dab’ Pewangi
Jika pewangi kamu bukan dalam bentuk semburan, kamu boleh menggunakan tangan untuk dab pewangi tersebut di bahagian titik-titik nadi.
Goncang sedikit botol pewangi dan letak sedikit pada tangan. Kemudian gosok di antara tangan dan sapu atau dab secara lembut dalam bentuk bulatan.
Selepas ini jika kamu mahu membeli pewangi, lihat dahulu jenis kulit kamu supaya wangiannya kekal lebih lama. Selamat beramal!