Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Parti Tahun Baru Bertukar Tragedi, Pramugari Mati Dirogol Beramai-Ramai 11 Lelaki

by Mas Idayu
January 6, 2021
Foto - Instagram Christine Angelica Dacera

Foto - Instagram Christine Angelica Dacera

Share on FacebookShare on Twitter

Sambutan Tahun Baru bertukar tragedi, dengan berita kematian seorang pramugari muda berusia 23 tahun dalam sebuah bilik hotel di bandar Makati, Filipina.

Mangsa bernama Christine Angelica Dacera ditemui tidak sedarkan diri dalam bathtub bilik air hotel, Christine kemudiannya menerima rawatan bantuan kecemasan di klinik hotel berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital Pusat Perubatan Makati.

IKLAN

Pergi Untuk Selamanya

Foto – Instagram Christine Angelica Dacera

Setibanya Christine di hospital, doktor memeriksa dan mengesahkan bahawa mangsa sudah tidak bernyawa dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Aneurisma Otak Punca Kematian

Foto – Instagram Christine Angelica Dacera

Doktor di Pusat Perubatan Makati mengesahkan punca kematian pramugari Philippines Airlines (PAL) ini berpunca dari aneurisma otak, dan apa yang menyebabkan aneurisma otak ini boleh berlaku boleh disebabkan banyak faktor.

Dirogol Hingga Mati

Foto – Instagram Christine Angelica Dacera

Menurut Asia One, doktor di hospital Pusat Perubatan Makati juga menyatakan tubuh mangsa mempunyai kesan lebam, cakaran, dan luka pada lengan serta kaki mangsa.

Manakala dibahagian kemaluan pula, doktor menyatakan terdapat kesan melecet, koyak dan air mani kesan dari dirogol beramai-ramai.

11 Lelaki Jadi Suspek Utama Kes Rogol Dan Bunuh

Pihak polis bandar Makati kini sedang mencari kesemua suspek yang terlibat dalam parti sambutan tahun baru bersama mangsa di bilik hotel tersebut.

Menurut Inquirer.Net, difahamkan mangsa berparti bersama tiga orang lelaki yang merupakan rakan sekerjanya, manakala lelaki lain yang hadir diparti tersebut merupakan kenalan dari rakan sekerjanya itu.

Foto – Shutterstock

Kesemua 11 individu yang berparti bersama mangsa merupakan suspek kes ini dan dari 11 individu yang terlibat, tiga orang darinya iaitu rakan sekerja mangsa telah ditahan pihak polis.

Manakala individu yang lain masih dicari oleh pihak polis filipina.

Keluarga Mahu Kebenaran Dibongkar

Ahli keluarga mangsa sangat terkejut dengan berita kematian anak perempuan mereka semasa Tahun Baru, tragedi yang berlaku membuatkan keluarga mangsa meratap kesedihan.

IKLAN

Menurut petikan di Asia One, ibu mangsa menyatakan anak perempuannya itu seorang yang baik dan dirinya membenarkan anaknya keluar berparti kerana percaya pada rakan sekerja anaknya itu.

Foto – Instagram Christine Angelica Dacera

Tetapi tidak menyangka parti tersebut, menjadi punca anaknya kini meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Ahli keluarga Christine berharap pihak polis dapat membongkar kebenaran mengenai kematian anak perempuannya itu, dan bawa pesalah kemuka pengadilan.

Takziah buat keluarga mangsa, diharap pihak polis dapat menyiasat kes kematian pramugari muda ini segera dan hadapkan pesalah kemuka pengadilan.

Rujukan: 1, 2,

Tags: Kes Rogol Dan BunuhPolis Cari 11 LelakiPramugari Filipina Mati DirogolPramugari Muda Mati DirogolPramugari Philippines AirlinesSuspek PembunuhanWarga Filipina
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan