Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Pertama Di Dunia, Umoja Kampung Istimewa Untuk Kaum Wanita Sahaja

by Mas Idayu
January 6, 2021
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Tak sangka dalam dunia ini terdapat kampung yang mana penghuninya hanyalah kaum wanita sahaja!

Hal ini dibongkar oleh seorang pengguna TikTok dalam video yang dimuatnaik, menerusi akaunnya @themelomoon.

Kampung Umoja yang terletak di daerah Samburu, Kenya ini merupakan kampung yang dibangunkan untuk kaum wanita sahaja dan melarang orang lelaki dari kampung lain memasuki perkampungan mereka.

IKLAN
@themelomoon

This is the only all women village I. The world! #greenscreen #fyp #foryou #girls #women #story #facts #YearOnTikTok

♬ Steven Universe – L.Dre

Kampung Umoja Viral Di TikTok

Penemuan ini membuatkan video dari pengguna TikTok ini mendapat lebih 208K tontonan, 42K suka (like), dan lebih 500K komen yang menyatakan rasa terkejut kerana tidak menyangka wuju kampung untuk kaum wanita sahaja.

Wujud Pada Tahun 1990

Foto – The Guardian

Menerusi perkongsian video dari The Melo Moon ini, difahamkan kampung ini mula dibangunkan pada tahun 1990 oleh Rebecca Lolosoli.

Idea tercetus semasa Rebecca dalam proses untuk sembuh dihospital, selepas dirinya dipukul oleh sekumpulan lelaki gara-gara bercakap mengenai hak kaum wanita dikampungnya sendiri.

Umoja Kampung Untuk Kaum Wanita Sahaja

Foto – Vagabomb

Rebecca menyuarakan hasratnya untuk membina sebuah komuniti untuk kaum wanita sahaja, dan membawa 15 orang wanita yang merupakan mangsa rogol untuk membina kampung untuk komuniti wanita sahaja.

Perjalanan membangunkan perkampungan untuk komuniti wanita ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, apatah lagi kaum lelaki dari perkampungan sekitar menentang idea tersebut.

IKLAN

Meski banyak halangan yang datang, akhirnya kampung ini berjaya dibina dan kini menjadi tempat tinggal buat wanita dan kanak-kanak yang memerlukan.

Syurga Buat Mangsa Rogol Dan Keganasan Rumahtangga

Foto – Arkib Wanista

Mungkin kampung untuk kaum wanita ini kedengaran biasa dan tiada apa yang uniknya, tetapi tahukah kamu sebenarnya kampung ini merupakan syurga untuk wanita yang merupakan mangsa rogol dan mangsa keganasan rumahtangga.

Ramai wanita dari kampung lain yang merupakan mangsa rogol dan keganasan rumahtangga, lari membawa diri dan anak-anak ke kampung ini untuk perlindungan dari kekejaman yang dilakukan keatas diri mereka.

Jana Pendapatan Guna Kraftangan Barang Perhiasan

Foto – Arkib Wanista

Meski kampung Umoja menghalang kemasukan kaum lelaki dari kampung-kampung sekitar, mereka masih dapat menerima kehadiran pelancong asing.

Dan untuk melangsungkan kehidupan harian, para wanita kampung Umoja menggunakan kemahiran kraftangan bagi menghasilkan barang perhiasan dan menjualnya kepada pelancong yang bertandang ke kampung mereka.

Dengan kemahiran kraftangan yang dimiliki, wanita di kampung Umoja dapat menjana pendapatan dan menyara diri dan anak-anak mereka.

Kampung Wanita Pertama Dunia

Foto – The Guardian

Rasanya tidak salah kampung Umoja ini mendapat gelaran sebegitu, kerana ianya satu-satunya kampung yang diduduki oleh kaum wanita di Kenya.

Kini kampung Umoja telah dikenali di seantero dunia dan pastinya selepas pandemik ini berlalu, akan lebih ramai pelancong ingin berkunjung kampung ini dan membawa pulang hasil kraftangan sebagai cenderahati.

Rujukan: 1, 2,

Tags: Kampung Milik Wanita SahajaKampung UmojaKampung Wanita Pertama DuniaKampung Wanita SahajaTikTokUmoja Kampung Untuk Wanita
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan