Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Resepi

Resepi Pasta Pedas Gigi Hadid Versi Tanpa Vodka

by Malisa Aina
January 6, 2021
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

5
SHARES
50
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak Gigi Hadid berkongsi resepi pasta di Instagramnya, ramai betullah yang mencuba.

Ada yang cakap sedap dan mengenyangkan pasta pedas, malah resepi sangat mudah untuk ditiru. Cuma pasta pedas versi Gigi Hadid diletak vodka untuk rasa lebih kick.

Jadi, hari ini Wanista nak kongsi resepi pasta pedas tanpa vodka yang mudah dibuat, enak dijamu seisi keluarga.

Foto - Youtube Vogue

Gigi Hadid Guna Produk Korea Dr. Jart+, Sebab Itu Kulit Cantik!

February 16, 2021
Foto - resepibonda.my

Aneka Resepi Pasta Cara Melayu Yang Pedas Disukai Ramai

November 11, 2020
Foto – Angela Law

Bahan-Bahan Untuk Pasta

  • 1 cawan pasta jenis penne
  • 1 sudu kecil garam untuk rebus pasta
  • Simpan 1/4 air rebusan pasta untuk sos

Bahan-Bahan Sos Pedas

  • 1/2 bawang cincang halus (guna bawang Holland)
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 2-3 sudu besar minyak zaitun
  • 6 hingga 7 sudu besar heavy whipping cream
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 1 sudu kecil kepingan cili merah
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili merah
  • garam mengikut citarasa
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar keju Mozzarella parut
  • 2-3 daun selasih yang dicincang

Cara Nak Masak Pasta Pedas Gigi Hadid

Mula-mula dalam nonstick pan, tumis bawang putih, bawang besar, pes tomato. Tumiskan sampai naik minyak dan bau – 2 ke 2.5 minit.

Masukkan kepingan cili merah, serbuk lada hitam, garam secubit rasa. Kacau lagi biarkan semua sebati. Selepas itu masukkan serbuk cili merah (letak banyak kalau suka pedas), gula, kacau lagi.

Ini masanya untuk masukkan heavy whipping cream, kacau dan masak hingga pekat, warna jadi keorengan.

IKLAN

Bila sos dah pekat, masukkan mentega. Kacau sampai pekat dan sebati semuanya. Masa ini, bolehlah rasa kalau ada yang tak cukup.

Okay, masukkan air rebus pasta tadi ke dalam sos. Akhirnya masa untuk pasta. Kacau semua sekali.

Angkat dan letak keju Mozzarella yang telah diparut. Dah siap dan sedia untuk dimakan panas-panas.

Foto – Youtube Harshita’s Kitchen

Video Resepi Pasta Pedas Gigi Hadid Tanpa Vodka

Mudahkan. Jangan lupa cuba nanti. Buat banyak-banyak untuk jamu kawan-kawan sekali.

Selamat Mencuba!

Tags: gigi hadidgigi hadid pastapasta pedas gigi hadidresepi pastaspicy pasta gigi hadidvideo resepi
Share2Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Berubah 360° Dengan Pembedahan Plastik, Beza Sangat Muka Seo Ye Ji Yang Dulu!

Marshmallow Whip Maker Viral Di TikTok, Tapi Praktikal Ke Guna?

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.