Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan popular dunia Kim Kardashian dan Kanye West, kedua-dua ikon ini dikhabarkan bakal menoktahkan hubungan mereka dengan bercerai secara baik.
Kim mengupah Laura Wasser sebagai peguamnya, dan difahamkan pasangan ikonik ini kini dalam fasa pembahagian harta sepencarian.
Rata-rata ramai peminat pasangan ikonik berasa terkejut dan sedih menerima khabar berita sedemikian, dan tidak menyangka ini kesudahan kisah mereka berdua.
Mari kita lihat kembali rentetan atau trilogi perjalanan kisah cinta Kim dan Kanye, hinggalah ke alam perkahwinan dan akhirnya berpisah.
2003 – Bertemu Buat Pertama Kali
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Dipetik dari Harper’s Bazaar, Kim berkongsi kisahnya bertemu dengan Kanye sekitar tahun 2002 atau 2003, waktu itu Kanye sedang merakam lagu bersama Brandy.
Kim yang merupakan kawan Brandy mula berkenalan dengan Kanye dari situ, mereka berdua menjadi kawan dan sekali-sekala keluar bersama-sama sebagai kawan.
2010 – Kanye Muncul Dalam Rancangan ‘Keeping Up With The Kardashians’
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Pada waktu ini Kim dan Kanye dikenali sebagai rakan di mata umum, kerana pada waktu itu masing-masing mempunyai pasangan.
Kemudian Kanye buat kemunculan pertamanya dalam rancangan ‘Keeping Up With The Kardashians’, dari situ menunjukan mereka masih berhubungan sebagai kawan sejak pertemuan pertama mereka pada tahun 2002 atau 2003 dahulu.
April 2012 – Kanye Cipta Lagu Cinta Untuk Kim
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Setahun selepas perkahwinan antara Kim dan pemain NBA Kris Humphries mengeluarkan titik noktah, Kanye keluarkan lagu baru bertajuk ‘Cold’ yang ditujukan khas untuk Kim.
Sejak lagu tersebut disiarkan, Kanye dan Kim sering dilihat kerap keluar bersama dan banyak menghabiskan masa bersama.
Oktober 2012 – Sahkan Hubungan Dengan Ikat Tali Pertunangan
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Kanye melamar Kim pada bulan Oktober 2012 dan sekaligus menutup sebarang kontroversi atau khabar angin apakah status hubungan kedua-dua selebriti ini.
Dan Kim sendiri menayangkan cincin berliannya di akaun Instagram, dengan kapsyen ‘YES!!!’ terhadap lamaran Kanye.
Disember 2012 – Umum Bakal Menimbang Cahaya Mata
Kontroversi pada waktu ini cukup hangat, kerana Kanye mengumumkan bahawa dirinya dan Kim bakal menimbang cahaya mata bersama setelah sebulan pasangan ini bertunang.
Dan berita ini disahkan sendiri oleh Kim menerusi laman sesawang rasminya, dan sejak itu pasangan ini menjadi perhatian umum.
Jun 2013 – Kim Dan Kanye Sambut Kehadiran Anak Sulung Mereka
Pada 15 Jun 2013 pasangan selebriti ini menyambut kehadiran anak sulung mereka, dan menamakan anak perempuan mereka dengan nama North West.
Mei 2014 – Melangkah Ke Alam Perkahwinan
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Pada tahun ini merupakan suasana yang tidak dapat dilupakan, kerana ianya merupakan tahun bersejarah buat pasangan ini sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Disember 2015 – Sambut Kehadiran Anak Kedua Dalam Keluarga
Setahun selepas majlis perkahwinan besar Kim dan Kanye, mereka umum kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka iaitu Saint West anak kedua mereka.
Oktober – November 2016 – Akhir Tahun Yang Sukar Buat Kim Dan Kanye
- Foto – Pinterest
Jika ada yang masih ingat, pada tahun ini Kim dirompak semasa menghadiri Minggu Fesyen di Paris dan dalam masa yang sama Kanye terpaksa menghentikan konsert jelajahnya, dan dimasukkan ke hospital UCLA Pusat Perubatan kerana masalah psikiatri.
Januari 2018 – Umum Kehadiran Anak Ketiga, Chicago
Tidak lama kemudian, Kim dan Kanye umum kelahiran anak ketiga mereka menerusi kaedah surrogate pada 18 Januari 2018 dan menamakan anak mereka Chicago West.
Mei 2018 – Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-4 Dengan Penuh Makna
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Pada bulan Mei 2018, Kim berkongsi sebuah foto perkahwinannya yang cukup indah dan tidak pernah dilihat oleh orang ramai sebelum ini.
Kim menyatakan dalam kapsyennya “4 years down and forever to go…”, sebagai tanda meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Mei 2019 – Sambut Kehadiran Anak Keempat Psalm
Anak yang keempat ini juga lahir menggunakan kaedah yang sama iaitu surragate, dan Kim berseloroh bahawa Psalm merupakan kembar Chicago. Psal lahir pada 10 Mei 2019 dan diberi nama Psalm West.
Julai 2020 – Mula Tunjuk Krisis Dalaman Keluarga
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Pastinya ramai masih ingat di mana Kanye membongkar kisah peribadinya dan Kim, di mana Kanye mahu Kim menggugurkan kandungan (anak sulung mereka).
Hal itu dikongsikan kepada umum, semasa Kanye bertanding sebagai calon pilihan raya. Kontroversi mula berlegar luas, dan Kim tampil dengan kenyataan bahawa suaminya itu mempunyai masalah kesihatan mental bipolar disorder.
Oktober 2020 – Kanye Hadiahkan Hologram Bapa Mertuanya Untuk Kim
- Foto – Twitter Kanye West
Meski pelbagai kontroversi melanda, Kanye tidak lupa menyambut ulang tahun kelahiran isterinya Kim yang telah menginjak usia 40 tahun.
Hadiah yang disediakan oleh Kanye sangat bermakna iaitu mendiang bapa mertuanya (bapa Kim) iaitu Robert Kardashian dalam bentuk hologram untuk Kim.
Januari 2021 – Hubungan Meniti Tanda Noktah
- Foto – Pinkvilla
Pada 5 Januari 2021, hubungan pasangan ini umpama meniti tanda noktah. Meskipun Kim belum memfailkan proses penceraian, tetapi pasangan ini sedang menuju kearah penceraian apatah lagi Kim sendiri sudah mengupah Laura Wasser sebagai peguamnya.
Dpetik dari Harper’s Bazaar, Kim tahu perkahwinannya bersama Kanye telah tamat dan ingin mengakhirnya dengan cara yang baik.
Apa pun keputusan yang lakukan oleh Kim dan Kanye, diharap mereka tanganinya dengan baik.