Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Percaya Tak Kamu Boleh Lawan Kemurungan Dengan Diet Mediterranean

by Malisa Aina
January 7, 2021
Foto - Insider

Foto - Insider

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kajian menunjukkan kira-kira 10% daripada manusia akan atau masih mengalami depression atau kemurungan pada bila-bila waktu dalam kehidupan mereka.

Kemurungan adalah satu keadaan di mana berlakunya perubahan mood yang menjejaskan kehidupan dan kesihatan mental penderita jika tidak dirawat dengan kadar segera. Dengan keadaan dunia yang sedang mengganas penularan Covid-19, dilihat kesihatan mental setiap orang tidak akan pernah surut.

Selain terapi, tahukah kamu sedikit sebanyak boleh melawan penyakit ini dengan amalan diet mediterranean dalam rutin harian. Kajian menunjukkan hubungan antara diet mediterranean dan risiko kemurungan.

Penemuan Baru, Pesakit Covid-19 Yang Terselamat Potensi Kena Penyakit Mental

November 11, 2020

InshaAllah, Kemurungan Boleh Elak Dengan Amalan Doa Ini!

November 9, 2020

Definisi Diet Mediterranean

Diet ini berdasarkan pada makanan tradisional yang biasa dimakan orang-orang di negara Itali dan Yunani pada tahun 1960.

Banyak kajian menunjukkan bahawa diet ini boleh menyebabkan penurunan berat badan dan membantu mencegah serangan jantung, strok, diabetes jenis 2 dan kematian pramatang, bahkan untuk kesihatan mental juga.

Foto – Eat This

Diet ini mengamalkan pemakanan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, minyak zaitun dan bijirin penuh. Diet kurang atau tidak langsung mengambil daging merah, daging proses, susu, lemak trans, lemak tıpu dan gula halus.

Diet ini menolak dan langsung tidak menyentuh alkohol menjadikannya bagus untuk dijadikan amalan.

IKLAN

Apa Hubung Kait Diet Mediterranean Dengan Kemurungan?

Diet ini memfokuskan kepada tumbuhan yang sangat bagus untuk mengurangkan kerengsaan di dalam otak, di samping bagus untuk minda dan tubuh badan yang lebih sihat.

Kajian mengatakan diet mediterranean mampu mencegah daripada berlakunya simptom kemurungan pada lewat usia sekiranya diamalkan sejak muda lagi.

Makanan Kamu Kena Ambil Untuk Diet Mediterranean

Foto – Chatelaine
  • Makan : Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, kentang, bijirin, roti, rempah ratus, ikan, makanan laut dan minyak zaitun.
  • Makan secara sederhana : Telur, keju, yogurt.
  • Makan jarang-jarang : Daging merah
  • Jangan makan : Minuman manis, gula, daging proses, segala makanan yang diproses, dan juga alkohol.

Tidak Hanya Makan, Lawan Kemurungan Dengan Prinsip ‘SEE’

Mary Fristad, profesor di The Ohio State University memberitahu diet mediterranean bagus untuk membantu melawan kemurungan, namun ia tidak seksdar pada pemakanan saja.

Pendekatan prinsip ‘SEE’ iaitu Sleep, Eating, Exercise penting untuk keseimbangan gaya hidup yang sihat sejahtera. Sekiranya ketiga-tiga aktiviti ini dipraktikkan, risiko serangan kemurungan dapat dikurangnya.

Foto – Forbes

Contoh kamu mungkin boleh tidur lebih kurang 8 jam sehari, makan makanan bernutrisi tinggi serta kerap bersenam dalam seminggu.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: apa itu diet mediterraneandefinisi diet mediterraneandepressiondiet mediterraneaninfo diet mediterraneankemurungan
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.