Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Misteri Potret Mona Lisa Sampai Sekarang Orang Masih Terpegun

by Malisa Aina
January 7, 2021
Foto - ABC News

Foto - ABC News

31
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Lukisan paling popular dan disegani di dunia? Nama Mona Lisa meniti di setiap bibir semua orang.

Misteri potret Mona Lisa sentiasa menghantui semua, sampaikan hingga sekarang orang masih bercakap dan terpegun.

Sebagai lukisan paling terkenal di dunia, Mona Lisa menarik lebih dari enam juta peminat di Louvre setiap tahun. Apa kekuatan yang ada pada wanita ini? Apa misteri disebalik Mona Lisa?

Identiti Sebenar Mona Lisa

Sampai sekarang tidak diketahui identiti gerangannya Mona Lisa. Terdapat banyak teori tentang gerangan siapakan wanita tersebut.

Foto – ABC News

Teori paling banyak diperkatakan adalah identiti wanita muda tersebut ialah Lisa Gherardini del Giocondo, isteri seorang pengusaha sutera Florentine bernama Francesco del Giocondo.

Dilaporkan, Lisa Gherardini del Giocondo berusia 24 tahun ketika wajahnya dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1503. Namun demikian, para sejarawan seni masih lagi tertanya-tanya adakah wanita yang tersenyum itu sebetulnya kekasih da Vinci, ibunya atau artis itu sendiri.

Senyuman Mona Lisa Penuh Misteri, Gembira @ Sedih

Ada banyak perdebatan mengenai senyuman Mona Lisa, sama ada tengah gembira atau sedih. Senyuman misteri itu menjadi teka-teki malah penyebab kenapa popularnya potret tersebut.

Sehinggakan pada tahun 2000, para saintis dari Universiri Harvard mengeluarkan kajian serta penjelasan mendalam tentang senyuman Mona Lisa.

IKLAN

Foto – IDN Times

Berdasarkan penglihatan peripheral, di mana potret dilukis menimbulkan senyuman yang menarik setiap kali kita melihatnya. Senyumannya berubah bergantung pada sudut dan jarak di mana kita melihatnya.

Dalam pandangan jarak dekat, memberi ekspresi sinis pada senyuman, manakala jika dilihat dari jauh pula dia kelihatan tersenyum riang.

Pandangan Mata Yang Redup Penuh Tersembunyi

Menurut kajian, pandangan mata Mona Lisa dilukis seolah-olah diarahkan kepada orang yang sedang melihatnya. Dari sudut depan atau tepi, dia akan terus ‘melihat’ kita secara langsung.

Foto – IDN Times

Fenomena optik dijelaskan oleh University of Ohio yang menunjukkan bahawa potret mungkin kelihatan sama, tidak kira dilihat dari sudut pandangan.

Hal ini mewujudkan rasa realistik yang sangat mendalam bila kita melihat Mona Lisa. Ia mewujudkan perspektif dan pandangan tersebut mengganggu kepada sesiapa yang melihatnya.

Wujud Teori Mona Lisa Sedang Hamil

Potret Mona Lisa dilukis ketika dia sedang duduk dan lengannya diletak atas pemegang kerusi.

Para sejarawan percaya bahawa wanita tersebut adalah Lisa del Giocondo, yang ketika itu sedang hamil saat da Vinci melukisnya.

Foto – ABC News

Lengannya dilihat menutup perutnya yang bulat. Bukti sejarah menunjukkan bahawa del Giocondo hamil untuk kali kedua ketika lukisan itu dihasilkan, menurut teori.

Sebenarnya terdapat banyak teori serta misteri pada lukisan Mona Lisa – latar belakang, sejarah obsesi da Vinci dan macam-macam lagi.

Di sebalik keindahannya, ternyata lukisan ini menyimpan banyak misteri yang belum dapat terungkai dan kekal ikonik hingga ke hari ini.

Tags: gambar monalisalukisan monalisamisteri moralisamonalisapotret monalisasiapa mona lisateori lukisan mona lisa
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.