Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Tak Tegas Pun, 10 Cara Angeline Jolie Jaga Anak-Anak

by Sofie Azizlan
January 7, 2021
Foto - W Magazine

Foto - W Magazine

Share on FacebookShare on Twitter

Sangat sukakan anak-anak dan ingin mempunyai keluarga yang besar, ramai yang tahu aktres Angelina Jolie ini mempunyai enam orang anak.

Mempunyai anak kandung seramai tiga orang bersama bekas pasangannya iaitu Brad Pitt, pasangan itu juga dikatakan telah mengambil anak angkat seramai tiga orang.

Ketiga-tiga anak angkatnya itu yang berasal daripada Cambodia, Vietnam dan juga Ethiopia. Tidak menghiraukan perbezaan budaya dan bahasa, mereka telah dijaga dengan sempurna oleh pasangan tersebut.

IKLAN

Angelina juga dikatakan mempunyai ‘acuan’ sendiri dalam menjaga keenam-enam orang anaknya itu. Sangat berbeza daripada ibu bapa yang lain, agak-agak kamu apakah parenting rules milik Angelina Jolie?

Sayangi Haiwan

Tiada kanak-kanak yang tidak sukakan haiwan. Bagi Angelina sendiri, mereka telah membela anjing sebagai haiwan peliharaan. Sambil membela dan menjaga, dia telah mengajar anak-anaknya untuk menyayangi setiap haiwan.

Foto – Daily Mail / Pinterest

Baginya, menjaga haiwan ini memberi pelbagai manfaat dari segi emosi dan kesihatan setiap anaknya. Ini kerana kanak-kanak akan menunjukkan kemahiran sosial dan tanggungjawab yang baik.

Belajar Jadi ‘Normal’

Menjadi aktres yang sangat terkenal di seluruh dunia, sudah semestinya Angelina menjadi sangat sibuk dan tidak sempat untuk bersama-sama dengan anaknya.

Foto – Harpers Bazaar

Tetapi percayalah, Angelina sering berusaha untuk menjadi seperti ibu-ibu normal yang lain di mana dia menyediakan makanan, mengemas dan berada di rumah bersama anak-anak.

“Ini adalah minat saya di mana saya hanya mahu sediakan sarapan pagi dan mengemas rumah seperti ibu-ibu yang lain. Atas permintaan anak-anak, saya sedang mengikuti kelas masakan untuk mereka.”

“Mommy And Me’s Day”

Tidak hairanlah jika hubungan antara ibu dan anak ini menjadi lebih rapat daripada segalanya. Bagi Angelina sendiri, dia akan meluangkan masa yang berkualiti bersama anaknya secara one-to-one.

IKLAN
Foto – Pinterest

Tidak kiralah apa jenis aktiviti yang dilakukan semasa hari tersebut, tetapi baginya setiap anak memerlukan masa untuk bersendirian dengan ibunya untuk secure ikatan antara mereka.

Hanya Guna Nickname 

Mempunyai nama panggilan khas dalam keluarga, Angelina percaya dengan panggilan tersebut ia akan membuatkan setiap orang menjadi lebih rapat dan lebih menyayangi.

Foto – Vanity Fair

Walaupun setiap anak-anak mempunyai nama asal sendiri tetapi, Angelina tetap memanggil dengan nama panggilan khas seperti Mad (Maddox), Z (Zahara) dan Shi (Shiloh). Dalam pada masa yang sama, anak-anaknya hanya memanggil dirinya sebagai Angie.

Keluarga Adalah Kawan

Hakikat anak-anaknya tidak mempunyai rakan sebaya dan Angelina tidak membenarkan mereka keluar berkawan, dia telah terapkan ‘ideologi’ seperti keluarga adalah kawan.

Foto – Pinterest

Dia juga percaya dengan ‘ideologi’ itu, anak-anaknya akan lebih menghargai, menyayangi serta mempunyai ikatan yang lebih rapat di dalam penjagaannya.

Amalkan Gender Neutrality 

Bagi pasangan Pitt-Jolie, mereka tidak pernah menentukan jantina setiap anak-anak mereka sejak lahir lagi. Shiloh iaitu anak kandung pertama pasangan itu mahu digelar sebagai John sejak berusia dua tahun lagi.

Foto – Pinterest

“Shiloh menganggap dirinya sebagai seorang lelaki. Jadi saya memotong rambutnya dan berikan barangan lelaki padanya. Dia berfikir begitu kerana dia mengganggap dirinya sama seperti abang-abangnya.”

Wujudkan Sifat Kemanusiaan

Terkenal dalam misi kemanusiaan, Angelina juga mengajak dan mengajar anak-anaknya untuk terlibat bersama dengannya dalam misi itu. Melalui penglibatan itu, secara tidak langsung anak-anaknya akan mempunyai sifat kemanusiaan dengan membantu golongan yang memerlukan.

Foto – People.com

“Angelina mahukan anak-anaknya iaitu Maddox, Pax, Zahara, Vivienne, Knox dan Shiloh untuk mencari diri mereka sebenar dan menjadi seorang yang penyayang serta menghormati orang tua.” -Sumber

Wajib Bercuti Dengan Anak-Anak 

Bagi sesetengah pasangan yang mempunyai anak tidak kiralah ramai atau sedikit, percutian bersama-sama mereka pasti memenatkan dan memerlukan usaha yang berganda dalam menjaga keselamatan setiap anak.

Foto – The Hollywood Life

Bagi Angelina, bercuti bersama-sama anaknya memberikan pengalaman dan memori yang indah kepadanya. Pada kebiasaannya mereka akan mengelilingi dunia dan The Seven Seas iaitu semua lautan dunia (Artik, Antartika, Pasifik Utara dan Selatan, Atlantik Utara dan Selatan, serta lautan India).

“Saya sangat suka pergi bercuti dengan anak-anak kerana saya lebih menyukai menghadiahkan mereka negara sebagai hadiah berbanding dengan sekotak hadiah.”

Amalkan Kepelbagaian Di Rumah 

Apabila Angelina mula mengambil anak angkat daripada negara yang berbeza, dia sedar akan wujudnya kepelbagaian dalam rumahnya.

Foto – Allure

Walaupun kepelbagaian itu datang dalam pelbagai bentuk, Angelina menggalakkan anak-anaknya mengamalkan kepelbagaian seperti mempelajari pelbagai jenis bahasa, budaya dan latar belakang masing-masing.

Angelina juga membiarkan keenam-enam anaknya untuk belajar tentang identiti dan asal-usul masing-masing.

Pendekatan Pendidikan Yang Berbeza 

Popular dalam mana-mana keluarga sekalipun termasuklah selebriti, Angelina juga tidak terlepas daripada berikan pendidikan dari rumah kepada anak-anaknya.

View this post on Instagram

A post shared by jowonnn🍒 (@xx_efu)

Walaupun begitu, dia menggalakkan setiap anaknya untuk memilih subjek dan bahasa yang ingin dipelajari oleh mereka. Angelina juga membiarkan anak-anaknya untuk bermain, mendengar muzik dan membaca pada waktu yang mereka suka.

Angelina percaya, setiap ‘acuan’ yang digunakan untuk menjaga anak-anaknya itu memberi manfaat dan kebaikan kepada diri setiap anak-anaknya. Tidak memilih dalam memberikan kasih sayang, Angelina Jolie memang the best mom ever!

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: anak angelina jolieangelina joliecara mengurus anakparenting rules angelina jolietips parenting angelina jolie
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan