Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Didera Ibu Bapa Angkat Sampai Mati, Kes Baby Jung In Dapat Perhatian

by Malisa Aina
January 8, 2021
Foto - Twitter

Foto - Twitter

22
SHARES
215
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini hangat kisah Jung In, seorang bayi perempuan dari Korea Selatan yang meninggal dunia akibat didera oleh keluarga angkat. Kes itu juga menarik perhatian netizen global.

Bayi perempuan comel yang baru 16 bulan meninggal dunia selepas mengalami penderaan selama 271 hari sebaik saja dibela keluarga angkat.

Jung In Trending Di Medial Sosial, BTS Jimin Mohon Maaf

Kisah Jung In trending di media sosial. Bahkan mengundang selebriti seperti BTS Jimin memohon maaf atas kejadian tragis itu.

Bayi 4 Bulan Alami Penderahan Otak Dipercayai Didera

July 6, 2015
Foto – Arkib Wanista

Jimin meminta maaf di Weverse, aplikasi media sosial dengan meletakkan hashtag #SorryJungin. Bukan itu saja, jejaka 25 tahun itu juga menggunakan latar belakang hitam tanda sedang berduka.

Program ‘Unanswered Questions’ Buka Cerita Jung In

Tahun lalu pada 13 Oktober 2020, Pejabat Polis Yangcheon Seoul menahan ibu bapa angkat, yang dikenali sebagai Jang dan Ahn, kerana menyebabkan kematian Jung In.

Foto – Koreaboo

Tindakan undang-undang diambil setelah Jung In meninggal dunia. Polis mendedahkan bahawa menurut laporan autopsi penyebab kematian adalah kerana kerosakan pada perut oleh kekuatan luar.

Ibu Bapa Angkat Nafi Tuduhan

Jang dan Ahn menafikan tuduhan dan menegaskan bahawa mereka ‘tidak ada kaitan dengan kematian Jung In’. Namun, pihak polis mengumumkan bahawa Jang telah filem lebih dari 800 video dirinya mengasari Jung In secara fizikal dan mental.

IKLAN

Foto – Koreaboo

Siasatan juga mengesahkan bahawa ibu Jung In, Jang dengan kejam melakukan penderaan pada Jung In. Walau bagaimanapun, Jang menafikan tuduhan dengan mengatakan ‘saya tidak memukulnya dengan kuat.’

“Saya marah sekejap jadi saya memukulnya beberapa kali… Saya menukar lampin ketika saya menolak bahunya. Akibat, dia jatuh dan terhentak kepala di lantai. Itu sahaja yang saya ingat.”

Keluarga Dan Kawan Kongsi Kenyataan

Keluarga dan kawan ibu bap angkat Jung In mendakwa bahawa mereka mempunyai perasaan bahawa Jung In telah dianiaya untuk waktu yang lama.

Setiap kali berjumpa, Jung In mempunyai bekas luka pada dirinya. Wajah dan telinga juga pernah terkoyak sekali. Ada ketika dia mengalami lebam teruk.

Foto – Koreaboo

Seorang rakan berkongsi kisah di mana Jang dan Ahn sanggup meninggalkan Jung In sendirian di dalam kereta semasa mereka pergi makan.

Sementara Jang terus menafikan tuduhan dan menceritakan kebenaran kepada orang awam, ayah angkat Jung In, Ahn telah mengakui semua tuduhan tersebut.

Kes penderaan Jung In akan diadili mulai 13 Januari ini. Walaupun tidak ada yang dapat kita lakukan untuk mengembalikan bayi comel ini, tapi kita harapkan keadilan berlaku.

Rest in peace Jung In!

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: #sorryjunginbaby jung inbaby korea jung inbayi jung inkes dera bayikes penderaan jung insiapa baby jung in
Share9Tweet6Send

ARTIKELTERKINI

10 Tahun Pengguna TikTok Ini Merana, Tapi Lepas Guna CeraVe Kulit Flawless Gila!

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.