Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Bahaya Beli Kotak Berhantu Dybbuk, Ini Yang Perlu Kamu Tahu!

by Mas Idayu
January 8, 2021
Foto - Bloody Disgusting

Foto - Bloody Disgusting

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Isu mengenai kotak sihir dybbuk ini sedang hangat diperkatakan di platform media sosial tempatan, kerana ramai YouTuber tempatan beranikan diri membeli barang-barang gelap ini untuk kandungan YouTube masing-masing.

Dan dalam masa yang sama, mereka ini juga berharap dapat membongkar rahsia di sebalik kotak sihir yang dikatakan berhantu ini.

Tapi lain pula yang terjadi di mana segelintir YouTuber yang membeli dan membuka kotak tersebut, di ‘ganggu’ oleh entiti mistik dan misteri yang dikatakan berpunca dari kotak dybbuk itu sendiri.

Ini antara sebab mengapa kotak berhantu ini tidak boleh di beli dan mengapa ia digelar kotak berhantu.

Dybbuk Kotak Dampingan 

Bagi yang tidak tahu nama dybbuk ini bermaksud berdamping dalam bahasa Hebrew, dan di dalamnya terkurung semangat jahat yang dipercayai boleh merasuk mahkluk hidup.

Kotak berhantu ini dikunci dengan menggunakan lilin cair yang tebal, dan di dalam kotak dybbuk boleh mengandungi pelbagai barangan lama.

Terlepasnya Entiti Mistik 

Jika kamu lihat banyak video-video YouTube tempatan dan luar negara, rata-rata mereka yang memuat naik video membuka kotak sihir tersebut terus mengalami gangguan seperti lampu tiba-tiba berkelip, barang jatuh dan suasana terus berubah.

IKLAN

Dan ini semua menunjukan terlepasnya entiti mistik yang terkurung dalam kotak tersebut, bertambah parah kehidupan individu yang membuka kotak tersebut menjadi kacau-bilau seperti YouTuber Chris Chambers, MindSeed TV dan Prince Meed.

Menjadi Tuan Kepada Entiti Mistik Tanpa Sedar

Bagi yang tidak tahu, menurut Ustaz Shafiq dari Pusat Rawatan Al Idrus (PRAI) menyatakan bahawa individu yang membeli barang-barang sihir ini secara tidak sedar diri mereka telah menjadi tuan kepada entiti yang terdapat dalam kotak dybbuk.

Akad yang terjadi adalah semasa individu membeli dan membayar wang kotak tersebut, membuatkan si pembeli kotak secara tidak langsung telah menjadi tuan kepada makhluk halus.

Bahaya Kotak Sihir Yahudi, Belenggu Diri Dan Keturunan

Foto – Meremang

Sebenarnya fenomena dahsyat ini bukan saja berlaku pada YouTuber di Malaysia, tetapi juga berlaku pada YouTuber di luar negara yang membeli kotak sihir ini menerusi ‘dark web’ dan ebay yang menjual barang-barang sihir dan sebagainya.

Bagi yang saja-saja nak membeli kotak sihir ini, untuk menyelongkar sama ada betul atau tidak kotak tersebut berhantu.

Silalah lihat video-video YouTuber yang mengalami gangguan teruk, tatkala semasa atau selepas mereka membuka kotak tersebut.

Awas, jangan sembarangan beli kotak yang kamu tidak tahu asal usulnya, kalau tidak padah yang menanti bukan sama memburu kamu tetapi keluarga dan seluruh keturunan kamu nanti!

Tags: Apa Itu Kotak DybbukBahaya Kotak DybbukKenapa Kotak Sihir Dybbuk BahayaKotak Berhantu DybbukKotak Mistik Yahudi DybbukKotak Sihir Yahudi
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.