Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Inspirasi Arked Beli-Belah Di Luar Negara, ‘Pop The Arcade’ Pertama Di Malaysia

by Sofie Azizlan
January 8, 2021
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Mempunyai tujuan yang sama seperti usahawan tempatan yang lain, Pop iaitu sebuah platform runcit yang mempunyai objektif dalam bantu peniaga tempatan dalam kembangkan perniagaan.

Secara rasminya, Pop telah melancarkan platform runcit ini dengan mempamerkan setiap produk peniaga tempatan dalam konsep beli-belah.

Objektif utamanya adalah membantu setiap usahawan dari rumah yang mempunyai semangat kreatif dan perniagaan unik. Pop juga telah pelbagaikan perkhidmatan secara digital dan fizikal berbanding sebelum ini (fizikal).

IKLAN

Konsep Seperti Di Luar Negara 

Guna konsep sama seperti di United Kingdom, Jepun dan Eropah, ruangan ini menjadi arked yang pertama di Malaysia.

Pop menjual pelbagai barangan unik dan buatan tangan yang membentuk sebuah kompleks dalam mewakili setiap peniaga dengan laluan pejalan kaki yang berhubung.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Setiap barangan yang dijual di Pop The Arcade sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Lebih daripada 40 peniaga tempatan, kamu boleh dapatkan setiap barangan seperti pakaian, aksesori, makanan, peralatan yoga dan banyak lagi.

Foto – Arkib Wanista

Pada masa yang sama, kamu juga boleh dapatkan barangan Bear Malaysia di arked ini. Jenama ini khusus dalam penjualan barangan peralatan rumah dan dapur kecil sesuai untuk masyarakat moden kini yang mementingkan penjimatan masa.

Penyusunan Pop The Arcade 

Pihak Pop The Arcade telah memberi tumpuan kepada segmen konsumer dengan melakukan zon penyusunan tertentu bagi memudahkan para pelanggan mencari barangan mereka.

Foto – Arkib Wanista

Melalui strategi pengasingan dan pembahagian, konsep ini mewujudkan keseimbangan seperti keselesaan dan keselamatan para pelanggan.

Selain itu pihak Pop juga mematuhi prinsip penjarakan sosial dan mengurangkan kontak secara bersemuka ketika pelanggan berkunjung ke arked ini.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Pop yang mengambil berat tentang produk yang digemari oleh para pelanggan, telah menyusun atur semula arked ini untuk menjadi lebih efektif. Antara penyusunan yang dilakukan adalah susun atur ruangan beli belah yang menampilkan penawaran istimewa bagi menarik minat para pelanggan untuk membeli-belah.

Perkhidmatan Pop The Arcade 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pop The Arcade pada peniaga tempatan telah mewujudkan penyelesaian dalam menangani masalah para pelanggan untuk beli-belah.

Foto – Arkib Wanista

Pihak Pop telah mewujudkan satu platform digital untuk para pelanggan dapat membeli-belah dengan lebih selamat iaitu secara dalam talian. Dalam pada masa yang sama, Pop masih meneruskan penjualan secara fizikal.

Tujuan penerusan penjualan secara fizikal ini kerana terdapat segelintir pelanggan gemar untuk melihat dan merasai produk pilihan mereka secara langsung.

Promosi Kod Istimewa

Sempena meraikan pembukaan Pop The Arcade, setiap pelanggan berpeluang menikmati potongan harga sebanyak RM5 (perbelanjaan minimum sebanyak RM30) untuk pembelian secara dalam talian sahaja di laman web rasmi Pop Shop sementara stok masih ada.

[Kod: POP5OFF]

Sertai Pop The Arcade

Bagi usahawan tempatan yang berminat untuk kembangkan perniagaan, join Pop The Arcade melalui penghantaran e-mel di [email protected] .

Tags: arcadearked beli belahbeli belah di pop the arcadejaya onepop the arcadepop the arcade jaya one
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan