Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Nak Muka Bercapuk Lepas Guna Foundation, Dato Alha Alfa Ajar Caranya

by Mas Idayu
January 8, 2021
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Pening kepala lihat muka tiba-tiba jadi bercapuk, puas dah touch-up dengan krim foundation tapi makin teruk lagi adalah!

Jadi bagaimana nak atasi masalah muka bercapuk ini? Jom ikuti tips dari Dato Alha Alfa bagaimana nak elak muka bercapuk lepas guna foundation, menerusi step mekap yang dikongsikan di bawah.

IKLAN

Serum Booster

Foto – Arkib Wanista

Untuk permulaan, kamu perlu sapukan muka dengan serum booster bagi meningkatkan kualiti kulit sebelum memakai mekap.

Krim Foundation

Foto – Cosmo

Untuk buatkan muka nampak natural dan tidak sarat, campurkan krim foundation bersama serum booster untuk buatkan pemakaian mekap tahan lama dan ringan.

Krim Concealer

Foto – Saubhaya Makeup

Selesai memakai rata krim foundation, masuklah pula bahagian concealer. Gunakan concealer pada bahagian bawah mata, tulang hidung, dahi dan juga dagu, sapu rata concealer guna beauty blender.

Shade Dan Highlight

Foto – Calyxta

Penggunaan shade dan highlight dalam bertatarias, merupakan step yang perlu dilakukan bagi membuatkan mekap muka kelihatan menyerlah serta muka tidak nampak terlalu tebal.

Loose Powder

Foto – Glam Lipstick

Untuk langkah seterusnya, pastinya penggunaan loose powder tidak boleh ditinggalkan, ianya dapat menyempurnakan lagi mekap muka.

Blusher

Foto – Makeup Tutorials

Tak lengkap mekap di muka tanpa blusher atau pemerah pipi, kehadiran pemerah pipi akan membuatkan muka tambah berseri dan lebih segar.

Pembayang Mata

Foto – YouTube

Pemilihan pembayang mata atau eyeshadow haruslah sama seperti rona warna kulit, agar terserlah kecantikan semulajadi dan tidak menyebabkan meka jadi terlalu heavy.

Gincu Matte

Foto – Arkib Wanista

Dan penggunaan gincu matte guna hendaklah menggunakan rona warna yang serasi dengan tona warna kulit muka, seperti warna matte coklat, matte krim cair, dan sebagainya.

Lepas ini kalau nak mekap, bolehlah ikut step-step yang Dato Alha Alfa kongsikan seperti dalam video Facebooknya ini. Confirm lepas ini, muka tak lagi bercapuk atau keluar banyak sangat minyak muka.

IKLAN
Tags: Cara Guna FoundationCara Guna MekapDato Alha AlfaElak Muka BercapukfoundationTeknik Guna Mekap Foundation
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan