Rasa yang rangup, manis dan berkhasiat, granola sangat popular kerana ia diambil sebagai makanan sarapan pagi atau makanan ringan.
Walaupun granola mempunyai rasa yang sedap untuk dimakan, ia mengandungi beberapa manfaat kesihatan kepada seseorang individu.
Setiap granola yang dihasilkan tidak mempunyai spesifik penghasilan dan berbeza cara penghasilannya bagi setiap pengeluar.
Jadi bergantung kepada setiap individu dan mengikut selera masing-masing, lihat bagaimana mereka jadikan granola sebagai sarapan yang sihat.
Kenapa Diambil Ketika Bersarapan?
Diambil ketika bersarapan, granola ini memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada kesihatan seseorang itu tanpa mengira usia.
Beri Tenaga
Pernah selepas bangun tidur terus rasa lapar? Kalau kamu mahu tahu, perut kita sememangnya kosong dan sebab itulah kita perlu bersarapan sebelum melakukan apa-apa pekerjaan.
Tidak kiralah sama ada kamu tidak mengambil sarapan disebabkan rushing atau memang tidak makan pagi, tenaga dalam badan akan mula ‘bekerja’ dengan lambat dan menjadikan badan tidak efektif dan bertenaga.
Seelok-eloknya, cuba ambil bijirin granola atau bars ketika bersarapan. Ini kerana granola akan memberikan tenaga pada badan untuk terus ‘bekerja’ sepanjang hari.
Untuk pengetahuan kamu, kandungan karbohidrat yang sangat kompleks dalam granola akan memberikan tenaga dalam jangka masa yang panjang sebelum kamu menjadi lapar semula.
Turunkan Berat Badan
Apa perkaitan di antara granola, sarapan pagi dan berat badan? Untuk pengetahuan kamu, sekiranya mengambil granola pada waktu pagi, kamu akan cepat berasa kenyang dan berasa tidak lapar sepanjang hari.
Selain bertenaga, granola yang mengandungi serat juga boleh mengurangkan nafsu makan dan mengelakkan seseorang individu daripada memakan dalam jumlah yang banyak ketika lapar.
Jadi untuk turunkan berat badan, granola adalah solusi yang terbaik bagi kamu turunkan berat badan dan elakkan daripada makan secara berlebihan.
Kawal Gula Dalam Darah
Biji-bijian dan buah kering yang terkandung dalam granola mengandungi serat yang tinggi. Pengambilan serat yang banyak boleh melambatkan kadar pencernaan gula dan karbohidrat selain mengawal gula dalam darah.
Selain itu, granola juga mengandungi jumlah manganese yang tinggi di mana ia dapat mengawal kadar gula dalam darah dan badan bagi mereka yang menghidapi diabetes.
Penghadaman Yang Baik
Kaya dalam serat dan beberapa bahan sihat yang lain, granola boleh dikatakan sebagai salah satu ejen terbaik.
Kandungan serat ini juga dapat mengurangkan keradangan dalam usus di mana ia hanya menyimpan bakteria baik dan meningkatkan penyerapan nutrien dalam badan.
Menjadi salah satu kepada ejen penghadaman yang terbaik, granola kebiasaannya diambil ketika waktu pagi oleh mereka yang mempunyai masalah penghadaman.
Ini kerana granola mengandungi serat larut dan tidak larut. Serat larut sangat berfungsi dalam mengurangkan masalah sembelit manakala serat tidak larut mengurangkan cirit-birit.
Kurangkan Tahap Kolestrol
Kandungan serat larut dalam granola dapat mengurangkan kolestrol Low-Density Lipoproteins (LDL) dan meningkatkan High-Density Lipoproteins (HDL).
Dengan mengurangkan kolestrol yang berbahaya dalam aliran darah, granola dapat menghalang perkembangan plak di arteri dan urat. Plak tersebut boleh akibatkan peningkatan tekanan darah dan tekanan pada sistem kardiovaskular.
Sebelum itu, kamu perlu lihat dahulu kandungan granola untuk elakkan daripada terbeli granola yang ditambah dengan minyak hydrogenated di mana ia boleh tingkatkan kadar kolestrol.
Bagus Untuk Kulit
Jika kamu mengambil berat tentang kulit wajah, mahu kelihatan glowing dan fresh setiap hari, jangan elak daripada memakan granola pada setiap pagi.
Setiap bahan-bahan dalam granola mengandungi Vitamin E di mana ia berfungsi dalam menghasilkan sel kulit yang baru selain menjadikan kulit kekal terhidrat, lembut dan sihat.
Selepas ini, bolehlah kamu ambil granola sebagai makanan sarapan pagi. Campurkan granola dengan susu, madu, yogurt atau dijadikan smoothies untuk kesan yang lebih efektif. Kalau tidak sempat untuk bersarapan, kamu boleh grab satu granola bar.
Selamat mencuba!