Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

10 Aktiviti Best Kamu Boleh Buat Bila Bercuti Ke Desaru Coast

by Malisa Aina
January 9, 2021
Foto - The Strait Times

Foto - The Strait Times

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya makin ramai yang sakan Cuti-Cuti Malaysia. Cuti-cuti juga tapi SOP jangan pula lupa, jaga penjarakan sosial dan pakai pelitup muka.

Baikah, hari ini Wanista nak kongsikan satu percutian paling menyeronokkan boleh kamu sekeluarga atau rakan taulan pertimbangkan.

Berkunjunglah ke Desaru Coast, destinasi impian untuk seisi keluarga merasai pengalaman di luar jangkaan.

IKLAN

10 sebab utama kamu harus ajak orang tersayang untuk ke Desaru Coast yang menawarkan pelbagai aktiviti dan akan menjadikan percutian lebih bermakna.

Meluncur Ombak Di Adventure Waterpark Desaru Coast

Keluasan 21 ekar, Desaru Coast Adventure Waterpark adalah salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia dan menampilkan kolam ombak yang terbesar di Asia Tenggara.

Foto – Online

Latar belakangkan perkampungan nelayan Malaysia, pengunjung boleh menikmati pelbagai tarikan di musim percutian ini termasuk Kraken’s Revenge – water coaster yang pertama di rantau ini, Tidal Wave Pool yang menampilkan ombak buatan setinggi 4-meter dan lebih daripada 20 jenis tarikan yang unik, sama ada basah atau kering.

Pengalaman Indah Di Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Boleh candle light kerana ia menampilkan pemandangan Laut China Selatan yang mempesonakan, pusat peranginan ini menawarkan pelbagai aktiviti dan juga santapan kulinari di musim percutian ini.

Foto – Desaru Coast

Bersedialah untuk satu petang yang indah dengan hidangan makanan laut yang lazat sambil menikmati gesekan biola yang merdu pada malam Ambang Hari Krismas at Sea.Fire.Salt.

Makan Sepuas Di Restoran The Westin Desaru Coast

Di sini menyediakan pelbagai juadah dengan citarasa gastronomi yang lain daripada yang lain untuk dinikmati oleh semua.

Foto – TripAdvisor

Nikmati hidangan makan malam menampilkan pilihan pasta buatan tangan yang segar, roast turkey roulade atau grilled Angus tenderloin, dan macam-macam lagi.

Nikmati Hidangan Sambil Berlibur Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) menepati semua ciri-ciri pengalaman percutian yang menggembirakan.

IKLAN
Foto – Agoda

Dilengkapi 365 buah bilik hotel dan bilik mewah dengan balkoni yang diinspirasikan oleh dunia muzik, hotel ini membawakan pengalaman mengujakan kepada keluarga, pasangan berbulan madu dan pelancong berkumpulan.

Cabar Diri Dengan Aktiviti Lasak

Foto – Viator

Kamu boleh jelajahi kawasan pinggiran pantai menggunakan basikal bertayar lebar atau fat-bike, takluki laut dengan papan dayung berdiri atau saksikan anak-anak anda menaiki bot berbentuk pisang atau berguling di dalam bola zorb di atas air di Desaru Coast.

Segarkan Fizikal Dan Mental Di Rock Spa

Foto – World Spa

Adakah anda inginkan pulihkan tenaga badan yang lesu? Alamilah layanan seumpama bintang rock di Rock Spa di Hard Rock Hotel Desaru Coast dengan pelbagai pakej rawatan dan spa yang diinspirasikan oleh muzik rock and roll.

Manjakan Diri Di Anantara Spa

Foto – Gaya Travel Magazine

Tidak hanya di Rock Spa semata, kamu boleh mendapatkan keseimbangan minda dan badan atau menyegarkan semula badan selepas beriadah seharian di pantai atau di luar sana, Anantara Spa boleh menyediakan rawatan yang bersesuaian untuk anda.

Rasai Keenakan Buah-Buahan Tempatan Segar Dari Dusun

Foto – Expat Go

Desaru Fruit Farm bukan sebuah dusun yang biasa kerana ia juga menampilkan pelbagai tarikan sampingan seperti laluan pacuan ATV, kebun binatang (petting zoo) dan arena paintball di dalam dusun buah-buahan yang berkeluasan 100 ekar, dengan lebih daripada 120 jenis buah-buahan.

Eko-Pelancongan Bersama Pakar Alam Semula Jadi

Bangkirkan pancaindera anda dan mulakan pengembaraan di denai yang jarang dilalui untuk pengalaman bersama alam semula jadi yang terbaik.

Foto – Facebook

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di Desaru Coast termasuk lawatan ke hutan pokok bakau, berjalan di tepi pantai berombak, memerhatikan burung, menyusuri sungai di atas bot dan aktiviti kembara denai ke Hutan Panti.

Menarikkan? Apa lagi, layari www.desarucoast.com hari ini dan rancang percutian hujung tahun anda yang akan dikenang buat selamanya, hanya di Desaru Coast.

Tags: apa yang best di desaru coastdesaru coastkembara desaru coastlokasi desaru coasttempat best desaru coast
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan