Apabila bercakap tentang perhubungan, setiap orang ada taste masing-masing. Tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan, mereka pasti mempunyai preference yang khusus mengenai pasangan masing-masing.
Bagi sesetengah individu, ada yang inginkan pasangan mereka seorang gadis yang mempunyai rupa, pandai memasak, saiz badan yang tertentu dan juga pandai menjaga penampilan.
Tetapi yang hairannya, kebanyakan lelaki gemar menjadikan gadis yang mempunyai ketinggian yang rendah sebagai pasangan mereka.
Agak-agaknya kenapa mereka lebih menyukai gadis pendek berbanding yang tinggi seperti supermodel?
Nampak Terlalu Comel
Tidak kiralah macam mana sekalipun, kalau menjadi gadis pendek, secara automatiknya mereka akan nampak sangat comel! Dengan ketinggian dan saiz badan yang kecil, mereka seolah-olah seperti anak patung.
Jadi, disebabkan oleh itulah kebanyakkan lelaki menjadi tertarik dengan gadis-gadis pendek. Walaupun gadis tinggi kelihatan cantik dan seksi, tetapi mereka tidak dapat menolak tarikan istimewa gadis pendek.
Gadis Pendek Lebih Friendly
Seperti gadis yang mempunyai ketinggian yang tinggi, para lelaki melihat mereka sebagai satu ancaman selain kelihatan sombong dan bangga diri.
Jika mempunyai gadis tinggi ini sebagai pasangan, para lelaki ini merasakan mereka berkemungkinan tidak akan kekal lama dan mula mengakhiri hubungan tersebut.
Tetapi berbeza pula dengan gadis pendek, para lelaki merasakan golongan ini mudah untuk didekati. Paling penting, mereka lebih mesra berbanding gadis tinggi.
Lelaki Rasa Lebih Berkuasa
Hampir dikatakan separuh lelaki mempunyai mindset ini, iaitu ingin menjadi berkuasa dalam perhubungan.
Gadis tinggi mungkin lebih seksi berbanding dengan gadis pendek, tetapi mereka sering mempunyai keyakinan dan lebih berkuasa berbanding gadis pendek.
Jadi cuba bayangkan jika ada dua orang yang berkuasa dalam sebuah perhubungan, pasti semuanya akan menjadi kacau bilau.
Sebab itulah mereka lebih sukakan gadis pendek. Setiap lelaki ini sentiasa mahu merasakan dirinya diperlukan dan tidak kisahlah hanya meminta bantuan untuk ambil barang daripada rak yang tinggi. Mereka sukakan itu!
Nampak Lebih Feminin
Tanpa perlu dibuat-buat, setiap gadis pendek ini lebih kelihatan feminin. Ini kerana dikatakan kandungan estrogen yang tinggi dalam badan gadis pendek ini lebih membuatkan mereka kelihatan feminin berbanding dengan gadis tinggi.
Tetapi tidak bermakna setiap gadis tinggi ini kelihatan tidak feminin dan tidak boleh mencuba untuk kelihatan seperti itu.
Ala-Ala Lelaki Gagah Perkasa
Lelaki sering merasakan mereka seperti lelaki yang gagah perkasa, tambah-tambah lagi apabila memiliki gadis pendek sebagai pasangan.
Melihatkan saiz badan, ketinggian dan kekuatan, gadis pendek ini seperti makhluk yang lemah dan memerlukan bantuan. Sudah semestinya secara tidak langsung para lelaki ini akan berubah menjadi lelaki gagah bagi melindungi pasangan.
Lelaki Lebih Nampak Double Tinggi
Bagi mereka yang memiliki gadis pendek sebagai pasangan mereka, secara automatik mereka akan kelihatan lebih tinggi berbanding biasa.
Tidak kiralah lelaki itu memiliki ketinggian sederhana atau sememangnya tinggi, tetapi apabila berdiri di sebelah gadis pendek ini, mereka akan menjadi lebih tinggi secara dua kali ganda.
Sememangnya lelaki sangat suka apabila mereka lebih tinggi daripada pasangan kerana ia memberi ‘masculine look‘ pada diri mereka.
Tidak semestinya gadis-gadis tinggi ini tidak menarik perhatian para lelaki dan tidak akan berjaya dalam perhubungan mereka. Kamu juga boleh menjalani hubungan seperti biasa tetapi pentingkan komunikasi dalam perhubungan untuk tahu pandangan masing-masing.
Kamu yang lain pula bagaimana, adakah ketinggian kamu sesuai untuk dilabel sebagai gadis pendek? Jika ya, kamu sangat bertuah!