Dalam banyak-banyak kasut keluaran Converse, Converse Chuck Taylor atau Converse All Stars pasti mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat sneakers.
Di kalangan kita, sekurang-kurangnya mesti ada sepasang Converse Chuck Taylor, betulkan? Untuk pengetahuan kamu, Converse Chuck Taylor ini sebenarnya diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Charles Hollis “Chuck” Taylor.
Siapakah beliau sebenarnya dan bagaimana sneakers ini boleh terkenal sehingga sekarang?
Siapa Sebenarnya Chuck Taylor?
Bersempena dengan nama sneakers ini, Charles Hollis “Chuck” Taylor adalah seorang pemain bola keranjang di Amerika Syarikat.
Pembikinan sneakers ini terjadi selepas Chuck bertindak untuk ‘menyerang’ pejabat jualan Converse yang terletak di Chicago dengan mengatakan kakinya telah cedera akibat kasut mereka.
Disebabkan oleh situasi itu, dia telah berjaya menyakinkan para eksekutif Converse untuk membuat kasut khas bagi pemain bola keranjang. Syarikat itu juga yang bersetuju dengan cadangan tersebut telah membenarkan Chuck membantu mereka dalam membentuk semula kasut tersebut.
Pada awalnya, Converse All Star (1917) tidak mempunyai nama Chuck Taylor tetapi mereka telah melakukan penjenamaan semula beberapa tahun kemudian selepas Chuck Taylor bergabung dengan Converse untuk menjadi penjual kasut.
Kasut Untuk Pemain Bola Keranjang
Setelah menjadi jurujual kepada Converse sejak tahun 1921, Chuck telah memberi inspirasi dalam pembuatan semula kasut tersebut untuk sesuai digunakan semasa bermain bola keranjang.
Jika kamu dapat lihat sekarang, Converse telah meletakkan tanda tangan Chuck dan tampalan bintang di kasut tersebut sebagai rujukan kepada atlet yang memberikan inspirasi kepada mereka.
Untuk memperkenalkan kasut ini secara meluas kepada pemain bola keranjang di seluruh Amerika Syarikat, Chuck telah menganjurkan klinik bola keranjang bagi mempromosikan kasut sukan tersebut.
Kasut tersebut kemudiannya diguna secara meluas dalam kalangan atlet, malah tentera Amerika Syarikat juga telah menggunakannya semasa perang Dunia II.
Dari Kasut Sukan Kepada Kasut Kasual
Dengan persaingan yang sengit, Converse All Stars mula hilang jumlah penggunanya apabila banyak jenama lain mengeluarkan kasut sukan yang lebih baik dan sokongan yang sesuai untuk mereka.
Tetapi, kejatuhan itu tidak lama. Converse All Stars ini mula mendapat perhatian daripada para seniman dan pemuzik. Harga yang murah dan boleh dipakai oleh setiap lapisan masyarakat menjadikan sneakers ini sebagai lambang bagi orang yang tidak berkemampuan.
Seperti Elvis Presly, Michael Meyers dan Michael J.Fox telah memakai kasut ini dalam filem mereka yang menjadikan kasut tersebut sebagai simbol pemberontak dalam kalangan orang muda.
Converse Chuck Taylor Pada Masa Kini
Dari dulu sehingga kini, reka bentuk Converse Chuck Taylor ini tidak pernah berubah dan masih mengekalkan gaya keasliannya untuk memberikan identiti yang tertentu kepada si pemakai.
Walaupun pelbagai inovasi dan perubahan berlaku dalam industri pembikinan kasut atlet, Converse Chuck Taylor tetap menjadi pilihan orang ramai.
Tetapi apabila sneakers lain yang mula kehilangan populariti mereka, Converse Chuck Taylor ini masih lagi mendapat permintaan yang tinggi bagi setiap lapisan masyarakat.
Fakta Tentang Converse Chuck Taylor
-
Reka Bentuk Tidak Pernah Berubah
Menjadi reka bentuk yang klasik dan asli, sneakers ini mempunyai jumlah peminat yang ramai berbanding dengan rekaan yang lain.
Pada tahun 90-an, syarikat Converse memperkenalkan All Star yang lebih selesa dan menginovasikan reka bentuknya telah mencetuskan kemarahan dalam pengguna.
Menurut satu akhbar, syarikat itu didakwa telah menghasilkan ketidaksempurnaan pada pita getah yang melapisi pangkal kasut tersebut.
-
Chuck Taylor, Lelaki 2-in-1
Menjadi 2-in-1 kerana Chuck Taylor adalah seorang pemain bola keranjang pada awalnya. Tetapi disebabkan oleh kecederaan yang didapati akibat pemakaian kasut jenama tersebut, Converse telah bersetuju untuk menerima Chuck.
Mereka kemudiannya telah mereka satu kasut yang sesuai untuk para atlet dan Chuck diminta untuk menjadi jurujual bagi melariskan kasut tersebut. huck Melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, itulah Chuck Taylor sebenarnya.
-
Kasut Atlet Pada Permulaannya
Pada awalnya, kasut ini telah direka khas untuk pemakaian para atlet. Tetapi disebabkan oleh beberapa persaingan dengan syarikat jenama lain, kasut ini telah mendapat permintaan yang kurang.
Tetapi kejatuhan tersebut tidak lama apabila orang biasa mula menggunakan kasut ini sebagai salah satu kasut harian. Tidak kiralah tentera, pemuzik mahupun masyarakat biasa, kasut ini tetap menjadi popular sehingga kini!
Buat kamu yang tiada sneakers ini, tidak lengkaplah jika tidak memakai Converse Chuck Taylor pada masa kini kerana kasut ini boleh dikatakan sebagai salah satu fesyen yang tidak pernah ‘habis’.