Bagi suku kaum yang ada di seluruh dunia ini, setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan dan kelainan yang tersendiri. Di mana kelainan itu yang menjadikan mereka lebih menarik daripada yang lain.
Seperti negara Ethiopia, mereka mempunyai suku kaum Bodi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yang mungkin kamu tidak jangkakannya.
Bagi suku kaum tersebut, mereka menganggap lelaki yang mempunyai perut buncit itu dikatakan sebagai lelaki yang paling kacak. Mungkin bagi kamu sedikit pelik, tetapi lain pandangan itu apabila berada dalam suku kaum ini.
Suku Kaum Bodi
Bagi suku kaum Bodi, mereka tinggal di lembah Omo yang terletak di selatan Ethiopia. Suku kaum ini merupakan separa-nomad dan masih berfokuskan kepada penternakan lembu.
Seperti yang dikatakan tadi, setiap lelaki suku kaum ini telah mengkategorikan bentuk badan lelaki yang berbuncit sebagai lelaki yang paling kacak.
Untuk pengetahuan kamu, mereka juga mengadakan pertandingan untuk memilih pemenang berdasarkan saiz perut yang paling besar.
Mungkin bagi lelaki lain memiliki badan yang ramping lebih kelihatan sihat dan kacak, tetapi bagi suku kaum ini, perut yang lebih besar dikatakan lebih baik berbanding mereka yang kurus.
Menyambut Perayaan Ka’el
Di lembah Omo, lembu dikatakan sebagai wang dan mempunyai tubuh badan yang besar atau gemuk adalah simbol kebahagiaan.
Antara bulan Jun dan Julai, bergantung kepada bulan purnama dan hujan, mereka akan menyambut tahun baru yang dinamakan sebagai Ka’el.
Berbeza daripada cara kita menyambut tahun baru, tradisi mereka adalah dengan setiap pemuda dari setiap kampung akan diberi makan. Bagi setiap keluarga, mereka akan mewakilkan seorang lelaki yang belum berkahwin untuk pertandingan ini.
Mereka akan diberikan susu lembu, mentega dan darah lembut selama 3 bulan sehingga 6 bulan. Situasi ini dipanggil sebagai proses kegemukkan kerana perlakuan ini boleh menaikkan berat badan mereka sebanyak dua kali ganda.
Kemampuan setiap lelaki ini untuk membesarkan badan mereka menjadi bukti kepada keakraban peserta dengan penduduk setempat.
Peserta-peserta ini juga akan diletakkan di sebuah pondok khas yang tidak membenarkan mereka keluar daripada kawasan itu atau melakukan seks sepanjang tempoh proses kegemukan ini.
Bagaimana Pemilihan Pemenang?
Untuk pemilihan pemenang, setiap peserta akan dipanggil pada hari pertandingan untuk diukur oleh golangan tua suku kaum Bodi. Melalui pengukuran ini, mereka akan memutuskan siapakah pemenang yang mempunyai badan yang paling gemuk.
“Untuk menggemukkan badan sebenarnya bukanlah mudah. Tanpa displin, setiap orang akan mengalami kesukaran ketika berada dalam proses tersebut. Hanya yang berdedikasi dan mempunyai kekuatan mental sahaja yang akan berjaya”
Selain dinobatkan sebagai lelaki yang paling gemuk, acara ini adalah salah satu tarikan untuk para wanita menjadikan mereka sebagai suami. Lelaki suku kaum tersebut percaya, semakin besar badan mereka semakin ramai wanita yang menginginkannya.
Upacara Ka’el yang dianjurkan selama berjam-jam itu telah melibatkan perbuatan mengelilingi pokok suci yang diperhatikan oleh lelaki lain sambil disapu alkohol oleh para wanita.
Apabila pemenang dipilih, upacara tersebut akan diakhiri dengan penyembelihan seekor lembu menggunakan batu suci yang besar. Kemudian, ketua kampung akan memeriksa perut dan darah lembut untuk meramal masa depan.
Untuk pengetahuan kamu, setiap lelaki yang gemuk ini bukanlah akan kekal dalam bentuk badan itu untuk selama-lamanya. Tetapi kebanyakkan mereka akan menjadi kurus selepas proses penggemukan dan upacara Ka’el berakhir.