“Sumpah best kalau dapat boyfriend macam K-Drama yang ini!”
Setiap kali menonton drama, setiap kali itulah kita mahukan teman lelaki yang sama seperti heroin K-Drama tersebut.
Bukan apa, penulis faham kenapa kita semua mahukan teman lelaki seperti itu. Ini kerana cara setiap mereka bercakap, sikap dan perlakuan yang romantik itu menjadikan mereka sebagai boyfriend material setiap wanita!
Jadi, menurut penulis beberapa K-Drama ini pasti trigger perasaan kamu untuk mempunyai salah satu teman lelaki seperti drama ini!
Jung Joon-Hyung (Weighlifting Fairy Kim Bok Joo)
Nam Joo-Hyuk yang memainkan watak sebagai Jung Joon-Hyung iaitu seorang atlet perenang di sebuah sekolah yang terkemuka. Menjadi teman lelaki seorang atlet, siapa sahaja yang tidak suka?
Jung Joon-Hyung yang menjadi boyfriend material bagi semua wanita kerana dia tidak malu dan menerima teman wanita iaitu Kim Bok-Joo dengan seadanya.
Tidak hairanlah Kim Bok-Joo itu seorang wanita yang berbadan besar atau menjadi atlet angkat berat, Jung Joon-Hyung tetap menerima dan sentiasa jatuh cinta dengannya.
Bagi kita sendiri, alangkah bestnya kalau ada teman lelaki yang menerima kamu seadaanya tanpa mengkiritik bentuk badan dan penampilan.
Ahn Min Hyuk (Strong Woman Do Bong Soon)
Menjadi CEO kepada sebuah syarikat permainan video terkemuka, Ahn Min-Hyuk boleh dikatakan sebagai seorang teman lelaki yang diidamkan oleh setiap wanita.
Karakternya yang berbeza seperti lelaki lain di dalam dunia realiti, watak Ahn Min-Hyuk menujukkannya sebagai seorang lelaki yang tidak tergugat dengan ‘kekuatan’ seorang wanita yang melebihi daripadanya.
Walaupun teman wanitanya, Bong-Soon mempunyai kuasa yang luar biasa, iaitu mempunyai kekuatan lebih daripada lelaki. Ahn Min-Hyuk tetap memperlakukan Bong-Soon seperti wanita yang normal, menghargainya dan tidak memintanya untuk berubah.
Wang Jung-In (Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo)
Walaupun banyak konflik dalam kalangan putera-putera diraja, tetapi kamu boleh nampak ciri-ciri boyfriend material pada Wang Jung-In yang dimainkan oleh watak Ji Soo.
Kamu boleh lihat Wang Jung-In mengambil tanggungjawab untuk menjaga wanita yang disukainya iaitu Go Ha-Jin / Hae-Soo. Walaupun dia tahu sebenarnya wanita yang disukainya menyukai orang lain, tetapi dia tetap menyokong dan menjaganya.
Ciri teman lelaki yang meletakkan diri orang lain sebagai priority berbanding orang lain menjadikan dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab!
Yoo Si-Jin (Descendants Of The Sun)
Watak Yoo Si-Jin yang dibawakan oleh Song Joong-Ki, siapa sahaja yang tidak ‘jatuh cinta’ dengan jejaka ini. Tidak kiralah apa jenis drama yang dilakonkan olehnya, pasti semuanya tidak mengecewakan!
Seperti dalam drama ini, Yoo Si-Jin adalah seorang lelaki berbadan uniform. Melihat lelaki dalam uniform pasti kita tahu mereka sangat gagah dan kuat. Best sangat kalau ada teman lelaki yang berbadan uniform kerana kita tahu mereka boleh menjaga keselamatan kita tidak kira situasi.
Selain itu, Yoo Si-Jin juga membuatkan para wanita semakin jatuh cinta padanya dan rasa dihargai apabila dia langsung tidak menyembunyikan perasaan dan sentiasa berusaha untuk buatkan Dr.Kang sukakannya kembali.
Do Min-Joon (My Love From Another Star)
Kim Soo-Hyun yang memainkan watak sebagai Do Min-Joon iaitu alien daripada planet lain. Dia hanya menggunakan kemampuannya untuk keadaan tertentu dan tidak membahayakan.
Walaupun hanya memainkan watak sebagai alien, tetapi perwatakan Do Min-Joon telah menambat hati kebanyakkan para wanita yang menontonnya. Jika kamu lihat, Do Min-Joon adalah seorang lelaki yang tenang dan boleh dipercayai.
Sebagai wanita, sudah semestinya kita memerlukan seorang teman lelaki yang boleh dipercayai untuk menjaga kita dan tenang walaupun apa keadaan sekalipun yang berlaku.
Walaupun teman lelaki yang sempurna hanya wujud dalam drama sahaja dan bukannya dunia realiti, tetapi tidak salah untuk kamu berangan. Jadi, teman lelaki K-Drama yang mana kamu suka?