Pernah atau tidak kamu alami situasi di mana rambut semakin gugur ketika syampu semasa mandi? Daripada satu produk syampu hingga ke produk syampu yang lain, makin menjadi-jadi pula keguguran rambut.
Terdapat pelbagai punca dan bahan yang boleh menjadi penyebab kepada keguguran rambut, pernahkah kamu melihat label bahan-bahan syampu tersebut?
Jika kamu melihat label ‘Dimethicone’, itu boleh dikatakan sebagai salah satu penyebab keguguran rambut berlaku kerana ia adalah salah satu bahan silikon.
Walaupun ada beberapa silikon memberi manfaat kepada kamu, tetapi kamu perlu tahu bahan ini perlu dielakkan untuk atasi masalah keguguran rambut.
Apa Sebenarnya Dimethicone?
Untuk pengetahuan kamu, demithicone ini adalah silicone-based polymer yang digunakan dalam kebanyakan formula produk kecantikan dan penjagaan rambut untuk memberikan kesan yang lembut, halus dan licin.
Molekul silikon yang terlalu besar ini boleh dikatakan membuatkan kulit dan rambut mengalami kesukaran untuk menyerapnya.
Dimethicone tidak ‘berinteraksi’ dengan stratum corneum iaitu lapisan kulit yang paling atas. Di mana ianya berfungsi dalam mencegah kehilangan air daripada kulit atau rambut dan mengekalkan kelembapan kulit.
Dalam pada masa yang sama, dimethicone berfungsi sebagai emolien iaitu mengisi ruangan di antara celah-celah kulit dan rambut. Hasilnya, rambut dan kulit kelihatan lebih bersinar dan halus.
Silikon ‘Jahat’ Untuk Rambut Kamu
Kadangkala, dimethicone disebut sebagai minyak silikon. Bahan ini akan melapisi setiap helaian rambut untuk memberikan hasil yang berkilau dan lembut pada rambut.
Tetapi berita buruknya, bahan ini tidak larut dalam air yang membuatkan silikon ini susah untuk dihilangkan daripada rambut. Rambut yang dilapisi dengan silikon ini berpotensi dalam menarik kekotoran dan bahan pencemar di udara dan menjadikan rambut kamu semakin berat dan kotor.
Dalam pada masa yang sama, dimethicone yang melapisi rambut akan menghalang secara keseluruhan rambut kamu daripada terkena air dan beberapa nutrien yang bagus untuk rambut kekal sihat.
Selain itu, cuba untuk elakkan beberapa bahan-bahan ini juga dalam syampu kamu;
- cetyl dimethicone
- cetearyl methicone
- dimethiconol
- stearyl dimethicone
- cyclomethicone
- amodimethicone
- trimethylsilylamodimethicone
- cyclopentasiloxane
Silikon Yang ‘Baik’ Untuk Digunakan
Selain silikon ‘jahat’ perlu dielakkan dalam produk penjagaan rambut, kamu perlu meneliti setiap label yang terdapat pada syampu dan hanya menggunakan beberapa silikon yang ‘baik’ sahaja untuk rambut.
Kamu perlu melihat beberapa bahan ini iaitu silikon ‘baik’ seperti dimethicone copolyol, stearoxy dimethicone dan behenoxy dimethicone pada produk penjagaan rambut sebelum membeli.
Silikon ‘baik’ ini boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri larut dalam air. Di mana ciri ini dapat membuatkan rambut kamu bernafas, tidak dilapisi dengan silikon dan tidak menghalang daripada menerima nutrien. Paling penting sekali, silikon ‘baik’ ini tidak merosakkan rambut walaupun ia meninggalkan kesan kilauan dan lembut.
Beli Produk Dimethicone-Free
Sebelum membeli dan gunakan produk penjagaan rambut, kamu ‘wajib’ baca dahulu label yang terdapat pada produk tersebut.
Untuk pembaca Wanista, penulis cadangkan beberapa produk ini kerana ia tidak tidak mengandungi dimethicone.
EVAS Char-Char Argan Oil [BELI]
RYO Scalp Deep Cleansing [BELI]
ATOMY Scalp Care [BELI]
PETAL FRESH PURE Volumizing [BELI]
SATINIQUE Anti-Hair Fall [BELI]
Memang malu sekiranya ada orang yang menegur rambut kamu semakin nipis dan asyik gugur. Bagi kamu yang ingin mencuba produk baharu tetapi tidak tahu yang mana, kamu boleh cuba beberapa produk ini.