Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Cuba Tengok Makanan Pedas Setiap Negara Ini, Tahap Pedasnya Boleh ‘Meninggal’

by Sofie Azizlan
January 12, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Makin makan pedas makin nikmat dan puas rasanya!”

Jika diberikan pilihan antara memilih makanan pedas dan tidak pedas, bagi peminat makanan pedas, mereka akan memilih untuk mengambil makanan pedas kerana rasa kepuasan dan aromanya.

Untuk pengetahuan kamu, makanan pedas ini sering dipilih oleh orang ramai kerana bahan-bahan seperti rempah ratus membuatkan makanan tersebut menjadi lebih menyelerakan dan sedap!

Jika kamu seorang peminat tegar makanan pedas, apa kata kamu cuba beberapa makanan pedas di seluruh dunia ini?

Fazura Suka Makan Pedas Ketika Hamil, Ini Kesan Kena Tahu

April 27, 2020
Foto - Serious Eats

Masakan Szechuan Buat Air Mata Mengalir & Lidah Jadi Kelu!

September 27, 2019

Otak-Otak (Malaysia)

Terkenal di Malaysia, otak-otak adalah kek ikan yang menjadi masakan utama orang Cina Peranakan pada zaman dahulu.

Foto – Nyonya Grill

Otak-otak ini dihasilkan melalui gabungan rempah, cili merah, bawang putih, bawang merah, halia, serai dan kunyit. Gabungan ini kemudiannya diadun dengan isi ikan sehingga menjadi pes halus atau boleh dibayangkan sebagai tekstur custard.

Kemudian, otak-otak ini akan dihidangkan dalam bentuk segi empat yang dibalut dengan daun pisang selepas dipanggang untuk memberikan rasa smokey.

Sichuan Hot Pot (China)

Mesti kamu pernah dengar tentang Sichuan Hot Pot, hidangan yang sangat popular di kalangan masyarakat China.

Foto – Culture Trip

Hidangan ini menggunakan broth yang mengandungi bawang merah, bawang putih, halia, lada Sichuan, daging, cendawan, sayur-sayuran, kicap dan sos.

Hidangan ini menjadi sangat pedas kerana mereka akan menggunakan lada Sichuan seperti cili kering dan biji cili dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga membuatkan kamu rasa seperti dibakar secara keseluruhan.

Gaeng Tai Pla (Thailand)

Gabungan di antara kari dan sup yang pekat telah menghasilkan Gaeng Tai Pla yang sangat pedas! Popular dalam kalangan nelayan di selatan Thailand, tai pla ini adalah sos masin yang diperbuat daripada jeruk usus ikan dan beberapa usus yang lain.

IKLAN

Foto – Taste Atlas

Hidangan ini kemudiannya dimasak dengan cili kering, bawang putih, lengkuas, paste udang dan kunyit untuk memberikan rasa yang ‘kick‘ dan pedas pada masakan. Dimakan ketika panas bersama nasi, pasti kamu akan menambah hidangan tersebut.

Jjamppong (Korea Selatan)

Kalau kamu berani, hidangan yang pedas ini pasti meninggalkan rasa panas dan pedas yang melampau kepada sesiapa yang memakannya.

Foto – Korean Bapsang

Kepedasannya itu terletak pada broth yang dihidangkan dalam sup mi Korea ini dimasak dengan kelp, gochugaru, serbuk cili Korea (dijemur untuk berikan rasa pedas dan manis pada masakan).

Untuk menikmati hidangan lengkap, sup mi Korea ini akan dihidangkan dengan mi dan broth serta beberapa makanan tambahan lain seperti sotong, kerang, daging, lobak merah, zucchini dan juga kobis.

Papa A La Huancaina (Peru)

Nampak tidak pedas, tetapi selepas satu suapan kamu boleh merasai kepedasannya yang boleh buatkan kamu minum air tanpa henti.

Foto – Panka Bistro

Dihidangkan dengan sos berwarna kuning, makanan ini berasal daripada wilayah Huancayo yang menghasilkan sos keju. Sos keju di wilayah ini dihasilkan menggunakan dua bahan utama seperti lada aji amarillo dan fresco queso.

Sos keju yang pedas ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Peru sehingga digunakan sebagai pencicah makanan ringan.

Camarones A La Diabla (Mexico)

Mexico dengan makanan yang pedas tidak boleh dipisahkan. Di negara ini pelbagai jenis makanan pedas boleh didapati mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Foto – Superama

Salah satunya adalah Camarones A La Diabla iaitu udang yang dimasak dengan sos guajillo dan cili arbol. Rasa pedasnya yang menyengat boleh membuatkan kamu rasa seperti dibakar. Hidangan ini juga boleh dimakan dengan siraman sos barbeku, lada chipotle atau habanero salsa.

Suicide Chicken Wings (Amerika Syarikat)

Tiada siapa yang tidak sukakan sayap ayam! Di Amerika Syarikat sayap ayam dihidangkan sebagai Suicide Chicken Wings yang memberikan rasa pedas yang melampau kepada peminat makanan pedas.

Foto – SETHLUI.com

Diperap dengan cili cincang, sos cili merah, lada dan chili flakes dalam kuantiti yang banyak, pasti membuatkan kamu ‘mati’ dalam kepedasan. Hidangan ini menjadi pedas kerana ia menggunakan gabungan cili Korea, Mexico dan juga China.

Bagi peminat makanan pedas, mesti kamu sedang kecur air liur melihat beberapa makanan pedas ini! Kalau kamu boleh tahan tahap kepedasannya, jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: makanan paling pedasmakanan pedasmakanan pedas di duniapaling pedas di duniapeminat makanan pedas
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.