Menjadi kontroversi dan dikatakan sebagai sebuah ramalan tepat mengena tentang dunia kini, The Simpsons adalah sebuah sitkom animasi yang dihasilkan oleh Matt Groening untuk Fox Broadcasting Company.
Boleh dikatakan hampir kebanyakan situasi yang berlaku di dunia realiti boleh dikaitkan dengan ramalan daripada sitkom tersebut. Jika kamu lihat, beberapa episod yang ditayangkan dikatakan telah ‘terjadi’ setelah beberapa tahun kemudiannya.
Apabila melihat situasi ini berkait, sebenarnya boleh atau tidak kita percaya dengan ramalan yang ditayangkan oleh The Simpsons?
Percaya Atau Tidak?
Terpulang kepada setiap individu, ada yang mempercayainya dan ada yang tidak. Bagi penulisnya sendiri, dia telah mendakwa rancangan ini sebenarnya meramal tentang apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Melihatkan kepada apa yang didakwa oleh penulis, peminat sitkom ini masih dalam keadaan yang mahu membuktikan adakah rancangan tersebut sebenarnya meramal masa depan.
Ramalan Yang Dikatakan Telah Berlaku
Ditayangkan sebanyak 32 musim sehingga kini, kebanyakan episod itu telah didakwa meramal sebahagian besar situasi penting yang terjadi dalam dunia realiti. Antara ramalan yang telah berlaku adalah;
Jam Pintar
Ditayangkan pada tahun 1995, The Simpsons telah memperkenalkan jam pintar yang boleh digunakan sebagai telefon pintar dalam episod tersebut. 20 tahun kemudiannya, Apple telah mengeluarkan jam pintar yang dikenali sebagai Apple Watch.
The Invention Of Shard
Episod “Lisa’s Wedding” pada tahun 1995 telah mengeluarkan pelbagai jenis ramalan yang tidak dijangka. Jika kamu melihat episod ini, ketika Lisa dalam perjalanan ke London, kamu boleh melihat sebuah bangunan pencakar langit di belakang Tower Bridge yang menyerupai The Shard.
Terletak di lokasi yang sama seperti dalam episod itu, pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 2009 iaitu 14 tahun kemudian.
Wabak Ebola
Dalam episod “Lisa’s Sax“, kamu boleh lihat Marge memberikan buku ‘Curious George and the Ebola Virus‘ kepada Bart.
Menerusi pembacaan tersebut, virus itu tidak tersebar secara meluas pada tahun 1990-an tetapi setelah bertahun kemudian, ia menjadi tajuk utama berita.
Pertama kali ditemui 1976, wabak ebola ini adalah terbaru dan membunuh hampir 260 orang di Republik Demokratik Congo (1995) dan Uganda sebanyak 224 orang (2000).
Disney Membeli 20th Century Fox
“When You Dish Upon A Star“, episod ini ditayangkan pada tahun 1998 di mana papan tanda di hadapan ibu pejabat studio ini telah menunjukkan ianya sebahagian daripada Walt Disney Co.
14 Disember 2017, Disney telah membeli 21st Century Fox dengan anggaran sebanyak $52.4 bilion iaitu dengan perolehi studio filem Fox dan sebahagian besar aset produksi televisyennya.
Lady Gaga Di Super Bowl
Di bandar Springfield pada 2012, Lady Gaga telah dilihat tergantung di udara ketika persembahan. Selepas 5 tahun kemudiannya, dia telah dilihat tergantung di bumbung Stadium Houston NRG ketika melakukan persembahan di Super Bowl.
Pembunuhan Hornets Dan Coronavirus
Ditayangkan pada tahun 1993, seorang pekerja Jepun telah dikatakan tidak sengaja menyebarkan ‘Osaka Flu‘ yang semakin menular dalam Springfield. Dalam episod tersebut, orang ramai dilihat berpusu-pusu mencari penawar dan tidak sengaja menjatuhkan sebuah van yang mempunyai lebah pembunuh di dalamnya.
Dilihat pada tahun 2020, ramalan itu sekali lagi mengena apabila Amerika Syarikat berdepan dengan situasi yang sama.
Doomsday
“Treehouse of Horror XXXI“, episod khas halloween telah menayangkan doomsday yang berlaku pada tahun 2021. Baru-baru ini, Capitol Hill telah mengalami kekacauan apabila penyokong Trump telah menyerang Kongres dengan membuat rusuhan dan menyebabkan kematian orang awam sebanyak 4 orang.
Secara 100%, keseluruhan rancangan ini tidak boleh dipercayai. Dan bergantung kepada setiap individu untuk mempercayainya, berkemungkinan situasi yang terjadi pada masa kini boleh menjadi secara kebetulan sahaja.