Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Seriuslah Makan KITKAT Dapat ‘Emas’!?

by Malisa Aina
January 13, 2021
Foto - KitKat

Foto - KitKat

Share on FacebookShare on Twitter

Saban hari setiap kali tibanya suatu perayaan, coklat kegemaran ramai KitKat tidak melepaskan peluang menyambutnya dengan memperkenalkan KitKat edisi terhad.

Untuk tahun 2021, jenama coklat popular ini memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya – iaitu KITKAT Gold.

KITKAT GOLD Disalut Emas Paling Enak

KITKAT Gold ini merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dan lazat, dengan bahagian atasnya bersalut warna kuningan emas yang memukau dan coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup tandatangan berperisa pralin mentega dan kacang di dalamnya.

IKLAN
Foto – KitKat

Ia dibungkus dengan pek emas menyarau sebagai tanda tuah dan kekayaan. Pembungkusan untuk edisi terhad kali ini adalah direka bentuk secara uniknya dengan menerapkan elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih dan kilau-kilauan, selain digunakan juga pembalut berwarna emas.

Makan KITKAT Dapat Menang Emas

Bagi meraikan musim perayaan Tahun Baharu Cina dan tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh ‘Ong’ dengan Peraduan Menang Emas KITKAT  yang berlangsung dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021.

Hadiah-hadiah Golden Break bernilai hampir RM288,888 yang menjadi rebutan merangkumi:

  • Hadiah Utama – Kepingan Emas 4-Jejari KITKAT – 8x pemenang
  • Hadiah Pertama – RM8,888 – 10x pemenang
  • Hadiah Istimewa  – RM888 – 12x pemenang
  • Hadiah Mingguan  – RM188 – 88x pemenang mingguan
Foto – KitKat

Para pengguna berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:

  • Langkah 1 : Membeli produk-produk KITKAT dengan nilai minima RM8
  • Langkah 2 :  Tulis nama mereka (seperti dalam KP) dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi
  • Langkah 3 : Ambil gambar resit tersebut dengan jelas
  • Langkah 4 : WhatsApp gambar resit itu kepada +6018 228 3090

Syokkan? Makan KITKAT dapat menang emas.

Edisi terhad KITKAT Gold boleh didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x 4 Jejari), Pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-Jejari tunggal di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

Tags: Coklat KitKatkitkatkitkat edisi terhadkitkat goldkitkat tahun baru cinaperaduan kitkat
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan